Pelakon, Yusuf Bahrin percaya setiap pasangan suami isteri tidak akan terlepas daripada dugaan dalam berumah tangga.
Menurut Yusuf, dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang suami lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti.
“Setiap perkahwinan, ujian itu pasti ada. Ujian saya sebagai lelaki pula lebih kuat apabila di luar terutamanya di set penggambaran. Pergaulan juga agak bebas.
“Saya tak menyalahkan suasana tersebut sebaliknya bergantung kepada diri dan kelemahan saya sendiri. Kalau saya gagal mengatasi kelemahan, habislah saya.
“Namun, saya sentiasa mengingatkan diri kalau saya buat perkara yang tidak baik di belakang isteri, mesti perkara yang tak baik akan berbalik kepada saya. Itu antara pesan ibu saya,” katanya kepada MH.
Ads
Pelakon drama Rajuk Karina itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.
Sementara itu, bercakap mengenai ego melibatkan pasangan suami isteri apabila salah seorang memiliki kerjaya dan pendapatan yang lebih bagus, Yusuf bersyukur kerana dia dan isteri tidak pernah rasa meninggi diri diantara satu sama lain.
“Alhamdulillah, diantara kami memang tiada masalah ego jika salah seorang daripada kami mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Buat masa sekarang, kami sentiasa bekerjasama.
Ads
“Kalau saya ego kerana saya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, apa-apa pandangan dan idea daripada isteri akan susah saya nak terima.
“Bila kami sudah bekerja dan menjalankan bisnes bersama, alhamdulilah, kami memang tiada ego dalam hal tersebut,” ujarnya.
Pada masa sama, isteri kepada Yusuf yang juga merupakan penyanyi, Zizi Kirana mendedahkan dia tidak pernah merasakan dirinya lebih bagus daripada suami sebaliknya dia percaya bahawa pertemuan mereka ini adalah untuk saling melengkapi.
Ads
“Walaupun saya lebih tua daripada Yusuf, sejak daripada awal perkenalan, saya tak pernah rasa yang saya lebih berpengalaman dan lebih tahu segala hal dalam dunia ini.
“Bila Allah telah pertemukan kami, saya tahun yang kami akan saling melengkapi. Saya ada kekurangan yang boleh Yusuf lengkapkan. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, Yusuf tercalon bagi dua kategori iaitu Telenovela Popular dan Pasangan Serasi Popular di Anugerah Telenovela ke-9.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Aizat Amdan mengakui jarang meluangkan masa bersama arwah bapanya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.
Bagaimanapun, dia tetap berasa syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk menjaga bapanya itu sepanjang setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.
“Saya mengaku saya memang jarang sangat luangkan masa dengan ayah saya selalu. Saya dulu takut dengan ayah saya ada jarak antara kami. Ayah saya seorang yang agak garang dan tegas.
“Tapi alhamdulillah tuhan telah berikan saya masa dalam satu tahun itu dia terkena stroke dan terlantar di atas katil. Saya kena jaga dia macam mana dia jaga saya sewaktu kecil. itulah doa yang sering kita baca dalam solat kita.
“Saya bersyukur saya dapat jaga dia, basuh najis dia dan mandikan dia. Bukan saya seorang sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya,” katanya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Video Muzik Angin Lalu & Mini Showcase Aizat Amdan di The Gardens Theater, Mid Valley pada Jumaat.
Tambah Aizat lagi, lagu Angin Lalu ini adalah luahan hatinya secara peribadi terhadap pemergian bapanya itu.
“Ini adalah luahan hati saya secara personal. Mungkin apabila ayah saya hilng tu, ramai orang yang betul-betul concern dan tersentuh.
“Kerana itu baru saya tahu impak ayah saya dengan orang lain,” katanya lagi.
Selain muzik video, lagu Angin Lalu ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang sangat menyentuh hati dan ianya boleh ditonton di laman Youtube.
Terdahulu, Aizat turut menerima penghargaan daripada pihak Warner Music apabila lagu Sampai Ke Hari Tua menerima anugerah 4X Platinum.
Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 menjadi antara topik menarik seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini.
Tidak terkecuali buat selebriti tempatan yang turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap Anwar yang bakal mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut pada jam 5 petang ini.
Antara selebriti yang berkongsikan ucapan tersebut di laman Instagram mereka ialah Diana Danielle yang mengucapkan selamat bekerja buat Anwar dan pasukannya kelak.
“Yang ini aku like, aku tak block.
“Setinggi-tinggi tahniah DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat Malaysia.
“Indeed Allah is with those who patiently endure. Inspiring journey of tenacity and endurance of DSAI’s vision and consistent action that transpires up to this historical moment. A beautiful patience,” tulis Diana.
Sementara itu, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata perjuangan serta usaha Anwar akhirnnya termakbul selepas lebih 20 tahun beliau bergelar ketua pembangkang.
“Kalau arwah bapa masih ada, pasti hari ini merupakan hari paling membahagiakan beliau.
“Perjuangan, usaha dan doa-doa yang akhirnya termakbul. Arwah bapa bertugas di bawah beberapa Perdana Menteri selaku setiausaha kerja UMNO dan Barisan Nasional pada ketika itu,” tulis Fazley.
Dalam entri itu, Fazley memuat naik gambar Anwar bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Allahyarham bapanya, Senator Datuk Haji Yaakob Mohammad.
Pelakon Azhar Sulaiman pula berharap Anwar akan menjaga negara sebaik bersama-sama kabinet menteri yang bakal diumumkan nanti.
Sesi GV5 Road To Finale yang dibawakan oleh Astro GO dan Astro Circle yang berlangsung malam tadi di Ruyi & Lyn Bangsar merupakan satu inisiatif promosi Astro sempena minggu akhir GV5 yang akan berakhir Ahad ini.
Ini merupakan kali pertama majlis seumpamanya dan semalam, lebih dari 170 tetamu istimewa hadir bagi meraikan setiap krew, artis dan finalis terlibat sepanjang program berlangsun dan dihoskan Elly Ariffin bersama Zoey Rahman.
Terdahulu, objektif asal GV5 Road To Finale Party adalah untuk meraikan pelanggan Astro GO dan Astro Circle secara eksklusif yang juga peminat aktif Gegar Vaganza di mana mereka berpeluang untuk menonton persembahan LIVE dari perserta GV5 dan beramah mesra secara dekat.
Pastinya, ini merupakan hadiah untuk pelanggan dan peminat Astro yang telah memberikan sokongan yang padu terhadap GV selama ini.
Kesemua peminat ini dipilih dari peraduan yang dianjurkan oleh Astro GO dan Astro Circle 3 minggu sebelum majlis ini.
Pada masa sama, GV5 Road To Finale Party sebagai majlis untuk meraikan finalis akhir GV, perserta, media dan team belakang tabir GV5 termasuk tenaga produksi, komunikasi, rakan GV5, Gempak, Sinar dan Raku dan Singtel.
Pada malam itu, antara bintang GV5 yang membuat persembahan adalah
Elite menerusi lagu hits mereka berjudul GIG, Safura (Sway dari Michael Buble), Farawahida (Diamonds, Rihanna), Shafie RIO (Yang Penting Happy, Jamal Mirdad) dan Forteen (Medley KRU).
Antara selebriti yang hadir malam itu adalah kesemua Bintang GV5 kecuali Zamani yang tidak hadir atas faktor kesihatan, Wany Syaz, Afiq dan Tajul dari Bintang Minggu ini dan penampilan istimewa kesemua finalis Dewi Remaja 2018.
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...