Tahniah diucapkan buat pelakon Sari Yanti yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil enam bulan.

Perkongsian gembira itu dikongsikannya menerusi satu posting di Instagram yang telah dikemas kini bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ketiga bersama pelawak, Jep Sepah.

IKLAN

Sambil mengharapkan agar perkahwinan yang dibina kekal selamanya, dia turut merakamkan rasa syukur dalam penantian seorang lagi ahli baru yang bakal hadir dalam keluarga.

“Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat, amin.

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru, insyaallah.

“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya.

IKLAN

Malah, bintang drama Cik Serba tahu ini juga mendedahkan, usia kandungannya kini sudah mencecah enam bulan.

“Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama.

“Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary. Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant,” tulisnya lagi.

Lalu menerusi ruangan komen, rakan artis termasuk peminat turut mengucapkan tahniah selain memanjangkan doa agar institusi kekeluargaan pasangan selebriti ini kekal selamanya.

Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat jawapan balas dari tuan empunya badan.

Sekadar mengimbas, Sari Yanti atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep,pada 25 Februari 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara pada 25 April 2018.

Manakala pada perkahwinan sebelum ini, Sari turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Foto: Instagram Sari Yanti