Hiburan

“Dia Ada Hati Kot Dengan…,” – Warga Tik Tok Kecam Diana Danielle, Dakwa Tunggang Isu ‘Abang Bas’ Demi Populariti?

Share

Susulan teguran yang dibuat terhadap pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial, pelakon Diana Danielle dilihat telah dikecam hebat netizen di apliaksi Tik Tok.

Ada yang mengatakan Diana seolah-olah mahu menunggang isu pemandu bas ini demi meraih parhatian netizen di platform media sosial.

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu tampil memberikan reaksi balas menerusi sebuah hantaran di aplikasi X.

Menurut Diana, sebagai manusia yang normal, tiada siapa pun yang mahu mensensikan isu yang mengundang kemarahan orang ramai seperti ini.


“Cakap aku menumpang populariti ‘Abang Bas’? Setakat buat konten memandu bas tak tengok jalan sambil tenung anak buah macam nak makan, siapa nak tunggang isu mengarut macam ni,” tulisnya.

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia lega isu seperti ini mendapat perhatian ramao dan orang luar turut lebih cakna mengenai persekitaran anak-anak mereka selepas ini.

“Saya cuma lega konten menakutkan ini tidak lagi beterusan dan anak-anak kita selamat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau terhadap reaksi segelintir pihak yang dilihat seakan menyokong tindakan pemandu bas tersebut.

“Yang komen pula semua perempuan. Ni pula nak jadi mak? Macam manalah nanti?

“Bayangkan konten pedo berupa jenayah macam tu pun boleh dapat 600k followers. Dan semua video dia video budak perempuan.
Konfius. Seram. Jenayah.

“Manusia semakin gila dan hilang pedoman.
Patutlah satu hari nanti kebanyakan orang senang je jadi pengikut Dajjal.

“Saya memutuskan untuk jauhkan diri daripada aplikasi Tik Tok. Ramai orang macam ni,” antara komen-komen netizen.

Terbaharu, memetik laporan Astro Awani, pemandu bas berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

Tertuduh berusia 24 tahun yang dilihat menangis di kandang tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Justeru, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Abdul Ghafar Ab Latif mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Sumber & Kredit Foto: X & Instagram Diana Danielle, Astro Awani

Published by
Aizam Manaf