Meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia lakonan, aktres jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya masih lagi belum menemui watak yang mampu memberikan kepuasan terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Lantaran itu, Nora memaklumkan dirinya masih lagi belum bercadang untuk bersara dalam masa yang terdekat.
“Sebenarnya, sejak daripada awal penglibatan saya di dalam dunia seni ini, saya memang tak terfikir untuk berlakon selamanya sehingga dimamah usia. Saya ada sasaran saya sendiri.
“Walaupun sudah meniti usia 40 tahun, sebenarnya ada banyak lagi perkara yang belum saya kecapi. Ada lagi cita-cita yang saya idamkan. Saya memang sangat sukakan watak ‘hopeless romantic’.
“Kalau orang tanya, watak apa yang saya belum dapat, jawapan saya tetap love story. Saya belum dapat watak yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Jadi, untuk bersara itu, mungkin belum lagi,” katanya kepada MH.
Pelakon yang menempa nama menerusi sitkom Puteri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk makanan tambahan milik pelakon, Nabila Huda yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Ads
Nora turut menambah, dia juga memasang impian untuk memiliki rumah produksi sendiri satu hari nanti.
“Kalau nak beralih ke fasa seterusnya, saya akan teruskan juga dalam bidang industri seni ini kerana ini merupakan minat saya.
“Saya memasang impian untuk membuka sebuah rumah produksi. Saya mahu beri fokus pada bidang penerbitan dan pengarahan,” jelasnya lagi.
Nora turut menambah, antara individu yang memberikannya inspirasi untuk beralih ke bidang belakang tabir ini ialah rakan selebriti iaitu Janna Nick.
Ads
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, sepanjang berlakon dibawah arahan Janna, dia amat terpegun dengan komitmen dan cara kerja yang ditunjukkan oleh rakan sangkatannya itu.
“Saya sangat kagum dengan Janna Nick. Saya baru sahaja selesai penggambaran dengan dia untuk sebuah karya seram. Saya kagum melihat cara dia mengarah.
“Saya terkejut sebab caranya macam dah berpengalaman. Dia ada karisma dan hala tuju yang tersendiri. Saya sangat terpegun.
Ads
“Saya ada bertanya kepada Janna, apa pengalamannya sebelum ini? Ada masuk kelas mengarah ke? Dia kata tiada dan semua itu hadir kerana minat.
“Kalau dia boleh, maknanya saya pun boleh. Dia memberi inspirasi kepada saya walaupun usianya masih muda. Saya in love la dengan cara kerja dia,” akhirinya.
Sekadar informasi, filem terbaru lakonan Nora yang berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain Nora, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya MK, Ropi, Yassin Senario dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nora Danish & Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Nana Mahazan mencuri perhatian ramai apabila tampil bertudung ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram, hari ini.
Sambil melakukan promosi produk Sambal Sardin Selauk Nana, ibu kepada dua cahaya mata ini turut ditanya mengenai penampilan terkininya itu.
Menurut Nana, 38, atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, dia menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang menggembirakan.
“Saya tidak mahu untuk bercakap mengenai perkara ini terlalu banyak kerana ia sesuatu yang selalu ada di dalam fikiran sejak sekian lama.
“Ia bukan suatu yang diraikanlah… tetapi sesuatu yang mengembirakan. Saya tahu kalian turut sama tumpang gembira kerana saya selalu minta mendoakan,” katannya.
Hos program #HTV di RTM itu bersyukur kerana hasratnya dimakbulkan. Turut sama di dalam sesi siaran lamgsung berkenaan ialah suaminya, Raqeem Brian Abdullah.
“Hari ini, sebelum Asar dan hujan telah pun turun dengan lebatnya. Ia sangat-sangat apa orang cakap…. makbul doanya.
“InsyaAllah kita doakan yang baik-baik untuk semua,” katanya lagi.
Untuk rekod, Nana mendirian rumah tangga dengan Brian pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Althea dan Aaqib.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa tampil menegaskan bahawa hubungannya bersama bekas tunangnya, Razrul Anwar Rusli sudah pun lama berakhir dan ia bukanlah disebabkan orang ketiga sebagaimana yang didakwa segelintir pihak.
Intan, 24, pada masa sama mengharapkan, tiada lagi mana-mana pihak cuba mengaitkan isu melibatkan dirinya dengan pelakon lelaki seperti Zul Ariffin yang terpalit kononnya menjadi punca perpisahan mereka.
“Saya dan bekas tunang sudah lama putus… hubungan kami berakhir pun bukan disebabkan Zul atau mana-mana orang ketiga.
“Zul tiada kena mengena langsung. Saya tak nak libatkan nama orang lain dalam isu saya. Saya harap selepas ini, tiada lagi mana-mana pihak yang cuba kaitkan nama orang lain.
“Saya tak kisah dikecam tapi jangan kaitkan orang lain dengan isu saya,” katanya, menerusi laporan mStar.
Terdahulu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid diminta mengulas mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia berpisah dengan ahli perniagaan itu disebabkan pelakon berkenaan.
Sementara itu, Zul menerusi laporan media pada Isnin turut menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia tidak mengetahui mengenai status hubungan pasangan wanita itu.
Bagaimanapun Zul menjelaskan, dia sudah lali apabila namanya dikaitkan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama atau filem.
Terdahulu, Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk berpisah pada Februari tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul menerusi drama bersiri, Tak Sempurna Mencintaimu di samping Redza Rosli.
Tak Sempurna Mencintaimu bakal mengisi slot Akasia TV3 dijangka bersiaran Ramadan ini.