Pelakon Fasha Sandha menitipkan ucapan istimewa buat sempena hari kelahiran adiknya, Ikmal Daniel.

Dedah Fasha, Ikmal satu-satunya adik lelaki dalam keluarga ini yang menjadi peneman dirinya dan anak-anak sewaktu dia berpisah dengan suami tidak lama dulu.

Malah, jelas ibu kepada dua anak itu lagi, walaupun pada awalnya si adik tidak bersetuju dia berkahwin buat kali kedua, namun kini semuanya berubah.

“Love you @ikmaldaniels

“Sejujurnya, sebak tengok video ni, dialah satu satunya anak lelaki mama, dia adalah peneman kami ber3 ketika ibu kembali single.

“Dialah yang dukung ibu, dukung anak2 dan dia peneman makan dan jalan2.

Ads

“Sejujurnya bila dia dapat tahu diriku sudah ada pengganti, dia tak setuju. Katanya nanti tak ada masa untuk keluarga dan untuk dia.

“Ambil masa juga dia nak hadam ada ahli baru dalam keluarga kami. Apapun, Alhamdulillah kini dia dah boleh team ngan suami baru kita, sampai kita pun kdg2 dia tak peduli,” akui bintang ini lagi.

Fasha pada masa sama turut mendoakan yang terbaik buat adik tersayang.

“Semoga boy berjaya dunia akhirat dan bahagia selalu. Takpe boy single Angah ada, takyah sedih k.

Ads

“Life may be tough sometimes boy…But we’ll always have each other’s back.

“Kalau u all suka layan youtube pls subscribe kat channel dia k
Youtube boy =Zandha. Happy birthday my @ikmaldaniels.

“We love you #latepost #ikmaldanielturns23,” kongsi Fasha lagi.

View this post on Instagram

Sejujurnya, sebak tengok video ni,dialah satu satunya anak lelaki mama , dia adalah peneman kami ber3 ketika ibu kembali single. Dia lah yang dukung ibu, dukung anak2 dan dia peneman makan dan jalan2 Sejujurnya bila dia dapat tahu diriku sudah ada pengganti, dia tak setuju. Katanya nanti tak ada masa untuk keluarga dan untuk dia 😂 ambik masa juga dia nak hadam ada ahli baru dalam keluarga kami. Apapun, Alhamdulillah kini dia dah boleh team ngan suami baru kita, sampai kita pun kdg2 dia tak peduli 👍😃 Semoga boy berjaya dunia akhirat dan bahagia selalu. Takpe boy single Angah ada, takyah sedih k. Life may be tough sometimes boy…But we'll always have each other's back . Kalau u all suka layan youtube pls subscribe kat channel dia k Youtube boy =Zandha . . Happy birthday my @ikmaldaniels. We love you #latepost #ikmaldanielturns23

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Ads

Lalu, si adik dilihat turut memberi reaksi di ruang komen dan menyatakan Fasha sentiasa ada untuk keluarga pada waktu susah dan senang.

“Dia Adalah Peneman Kami Bertiga Ketika Ibu Kembali Single,” – Fasha Sandha Cerita Adik Pernah Tak Setuju Dia Temui Pengganti, Tapi Kini… “Dia Adalah Peneman Kami Bertiga Ketika Ibu Kembali Single,” – Fasha Sandha Cerita Adik Pernah Tak Setuju Dia Temui Pengganti, Tapi Kini…

Fasha selamat bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac tahun lalu dan kini sedang sarat hamil anak pertama.

Terdahulu Fasha telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan bersama bekas suami Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal kini berusia enam tahun, manakala adiknya, Putri Raysha Jemaima pula berusia empat tahun.

Foto : Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI