Memasuki hari ketiga tahun 2020, pelakon Isa Khan gembira kerana kehadiran tunangnya, Nur Risteena Munim dalam hidupnya.
Baginya, tahun lalu (2019) merupakan tahun paling bermakna kerana Risteena berjaya mengubah hidupnya menjadi individu yang lebih baik.
“Tahun 2019 telah menjadi tahun yang paling berarti di mana seorang bidadari telah hadir dan membawa sejuta rasa dalam hidup aku.
“Dia telah memberi nafas dan pandangan baru dalam kehidupan aku, dia telah memberi semangat yang tiada hentinya pada aku agar terus berjuang untuk menjadi seorang insan yang lebih baik,” tulisnya.
Malah,Isa,26, turut memuji keperibadian Risteena,30 yang sentiasa ada bersamanya dalam apa jua keadaan.
“Dia adalah seorang wanita yang hebat yang telah mencintai aku sepenuh hatinya dan mahu membina masa depan bersama dengan aku.
“Dia adalah satu satunya orang yang percayakan aku pada saat tiada seorang pun mempercayakan aku.
“Dia telah menciptakan mimpi besar dalam hidup aku dan dia adalah orang yang akan aku bahagiakan seumur hidup aku,” pujinya yang sudah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu.
Dalam pada itu, Isa berjanji untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya.
“Saya janji saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dunia akhirah, dan saya takkan kecewakan awak.
“Semua kenangan kita di tahun 2019, akan abadi dalam jiwa saya dan semoga di tahun 2020 ini akan menjadi tahun yang lebih berarti untuk kita.
“Terima kasih untuk semuanya, cinta. I love you, I really do,Risteena,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, kedua pasangan kekasih ini sibuk menjalankan perniagaan dalam produk kecantikan hasil usaha sama.
Malah, perniagaan tersebut kini sedang berkembang di seluruh negeri.
Foto:Instagram Isa Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI