Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berharap orang luar tidak terlalu memberikan tekanan terhadap anaknya Audra Zulkifli atau lebih mesra disapa Odah yang kini semakin mendapat perhatian netizen dek kerana penampilan unik dan gelagatnya yang bersahaja.
Menurut Shahirah atau sinonim dengan panggilan Kak Rara, dia sudah pun memberikan nasihat buat anaknya itu untuk sentiasa mempersiapkan mental sekiranya ingin menjadi seseorang yang dikenali ramai.
“Odah ada caranya sendiri. Odah adalah anak saya dan bukan anak ustazah. Dia anak artis. Namun, saya sudah pun mengajar Odah untuk sentiasa menjadi kuat.
“Mulai sekarang, akan ada orang yang suka dan benci kita. Malah, mungkin juga ada rakan-rakan atau guru sekolah yang akan kurang senang dengan dia. Bab pelajaran pula biasa-biasa sahaja.
“Bak kata Khairul Aming, nak jadi influencer kena pandai. Namun, bagi keturunan saya pula, kita juga belajar tapi lebih kepada belajar daripada kesilapan dan kehidupan. Dengarlah nasihat orang,” katanya kepada MH.
Sheira berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelanjaran Jelajah Suria Kuasa 2, baru-baru ini.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini mendedahkan anaknya itu memerlukan pendekatan yang berbaza untuk mempelajari tentang sesuatu perkara.
“Mungkin dia ada minat untuk menjadi artis tapi saya tetap kena pantau. Dia juga sudah mula nak punyai teman lelaki. Saya okay sahaja.
“Odah ini agak lain sikit berbanding rakan seusianya. Kami belum diagnos apa-apa tapi mungkin dia ada ADHD. Bila kita bercakap, dia suka menyampuk.
“Dunia dia bukan jenis membaca buku tapi dia lebih tertarik bila orang menerangkan sesuatu menerusi lukisan dan warna. Dengan cara itu, dia akan mudah faham.
“Mungkin para guru kena tegas bila ajar anak-anak seperti ini. Mereka akan buat kesilapan sama berulang kali. Minta maaf itu perkara normal,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, dia turut mendedah kurang selesa bila ada pihak yang cuba untuk bercakap buruk mengenai anak-anaknya.
“Saya kurang selesa bila pihak memfitnah anak-anak saya. Namun, saya juga tak suka bergaduh. Saya sudah mula mendengar ada pihak yang cuba memfitnah anak-anak saya.
“Saya ada menerima DM yang mengatakan Odah ini berkelakuan buruk. Jadi, saya mula berkawan dengan mereka. Saya bertanya dengan baik mengapa mereka berkata sebegitu.
“Namun, jika individu tersebut terus berkata buruk, itu bermakna mereka yang bermasalah. Saya tak nampak anak saya buat apa di luar.
“Jadi, bila orang bercakap, saya akan ajak mereka berbincang bersama anak saya,” akhirinya.
Terdahulu, dia merupakan antara barisan penyampai yang bakal menyertai program Jelajah Suria Kuasa 2 yang akan berlangsung di empat buah negeri iaitu Penang, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.
Jelajah Suria Kuasa 2 ini turut mendapat kerjasama daripada syarikat jenama wangian terkenal, Yaya Empire.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI