Berita

“Dia Bekas Teman Lelaki Saya 12 Tahun Dulu Dan Kini Kami Kembali Bersama,” – Zarina Anjoulie Bercinta Lagi

Share

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Mendedahkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang sebaya dengan usianya dan sudah mengenali lelaki itu lebih lebih 10 tahun lalu.

Zarina atau mesra disapa Anju bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan mengenai identiti teman lelakinya itu kerana bimbang sekiranya hubungan cinta mereka terkandas di pertengahan jalan.

“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat malu.

“Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan,” katanya ketika di ditemui pada majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Bangi, baru-baru ini.

 Ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia kini selesa bercinta dengan seseorang yang sudah dikenali berbanding orang baharu yang disifatkan hanya mahu menumpang popularitinya.

“Terus terang saya agak serik untuk berkenalan dengan lelaki baharu kerana anda dapat melihat sebelum ini, beberapa lelaki yang mendekati saya hanya ingin mengejar populariti.

“Jadi, disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.

“Lagi pun lelaki ini ialah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan tersebut putus sekitar 12 tahun sebelum kami bersama semula,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Zarina turut mengakui si dia banyak menasihati agar dia tidak terlalu lantang, terutamanya di media sosial.

“Kekasih saya minta kalau boleh jangan terlalu lantang. Dia selalu nasihatkan saya agar menjaga tingkah laku dan kata-kata.

“Dia bimbang sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan mengguriskan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati.

“Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya dan saya boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik.

“Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?,” katanya yang kini kembali aktif dalam dunia lakonan.

Sebelum ini, pelakon filem Don Dukun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercerai pada Disember 2016.

Dalam perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lapan tahun.

Kemudian Zarina berkahwin dengan Eilyas Azhar pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Februari 2021. Mereka kemudian rujuk semula, namun kembali bercerai kira-kira dua bulan kemudian.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

@mediahiburanofficial Kembali aktif dalam lakonan, pelakon sensasi Zarina Anjoulie syukur atas rezeki dan menyifatkan tahun ini sebagai satu permulaan yang baik dalam meneruskan komitmen seninya secara lebih serius. Terbabit dalam satu projek drama bersiri dan filem baharunya akan ditayangkan tidak lama lagi, Zarina turut mengakui hatinya sudah dimiliki, menyulam cinta dengan si dia! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Love Song – WM Beats
Published by
MH