Pelakon sensasi, Meerqeen tidak berasa hati apabila tidak dapat mengikut jejak langkah gandingannya, Anna Jobling untuk memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Popular.
Sebaliknya, dia tumpang gembira kerana anugerah tersebut dimenangi oleh sahabatnya yang juga merupakan pelakon terkenal, Redza Rosli.
Menurut Meerqeen, sebagai pelakon yang lebih berpengalaman, Redza sememangnya berada di kelas yang tersendiri.
“Saya okay sahaja. Saya tahu Redza memang berada di satu tahap yang lebih tinggi daripada saya. Dia juga merupakan salah seorang kawan baik saya.
“Dia layak memenangi anugerah tersebut. Redza telah meletakkan 400 peratus di dalam drama lakonannya. Sebab itu dia layak.
Ads
“Saya tidak berasa iri hati sebaliknya saya gembira sebab yang menang adalah kawan baik saya,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pelakon drama, Melur Untuk Firdaus ini tetap menghargai jasa para peminat yang bertungkus lumus menyokongnya di Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022).
Jelas Meerqeen lagi, hubungannya bersama peminat memang sangat rapat walaupun jarang dikongsikan di media sosial.
Ads
“Hanya yang tahu sahaja faham macam mana saya menghargai peminat-peminat saya. Mungkin saya jarang berkongsi apa yang saya buat untuk peminat di media sosial tapi saya dah anggap mereka seperti keluarga sendiri.
“Kami ada privasi kami sendiri. Ada perkara yang saya boleh sentuh dan begitu juga sebaliknya. Banyak perkara menarik yang berlaku bersama peminat di belakang tabir,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, dia juga tersentuh dengan kejutan-kejutan diadakan oleh peminat buat dirinya hampir setiap hari.
Ads
“Mereka hantar food truck di set penggambaran. Mereka juga selalu bawa makanan. Boleh kata, setiap hari itu ada sahaja hadiahnya. Dah macam birthday saya ni hari-hari,” katanya lagi.
Meskipun tidak memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Popular, Meerqeen tetap boleh berpuas hati selepas dinobatkan sebagai pemenang Pasangan Drama Terbaik bersama Anna Jobling.
Drama Melur Untuk Firdaus turut memenangi dua anugerah lain iaitu Adaptasi Novel Terbaik dan Pelakon Wanita Popular (Anna Jobling).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian foto daripada adik selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya.
Di dalam ramai yang bakal memberikan tumpuan buat kakaknya yang bakal mendirikan rumah tangga esok sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, penampilan terkini bintang media sosial itu nyata mencuri pandang.
Mengenakan tudung dalam rona pastel lengkap dengan kemeja putih yang longgar, Ameera menerusi Insta Story menulis kapsyen, ‘first day of my new journey. Finally feel so at peace and complete. Alhamdulillah.’
Lalu, menerusi ruangan komen pada foto tersebut, rata-rata menyambut baik posting berkenaan, selain ada yang mulai membayangkan pemilik nama lengkap Nur Ameera Khan itu kini sudah mulai berhijab.
Malah Neelofa sendiri ada meletakkan emoji berbentuk hati pada ruangan komen serta memberikan respon positif di Insta Story.
“Alhamdulillah syukur… Semoga Allah sentiasa memilihmu adikku sayang,” tulis Neelofa selain meminta ramai mendoakan Ameera selalu.
Sementara itu, pengguna Instagram turut memuji kecantikan remaja berusia 21 tahun sekaligus mendoakan agar dirinya terus istiqamah menjadi insan yang lebih baik.
Foto: Instagram Ameera Khan, Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Saida Tarudin pada 18 Oktober memuat naik foto bersama anak sulungnya, Nyssa Ghazali bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya iti yang ke-24.
Sambil menitipkan dedikasi, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mencecah usia 45 tahun itu turut berdoa moga permata hati menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji penampilan mereka berdua.
“Cantiknya anak dara dia, mewarisi kecantikan ibunya,” puji peminat lainnya.
“Happy birthday Nysa, absolutely beautiful,” reaksi yang diberikan peminat.
“Anak rupanya. Dah macam adik kakak,” antara komen yang tertera.
“Dah nak sama tinggi dengan ibu. Selamat hari lahir anak ibu. Semoga diberikan kejayaan, dirahmati dan diberkati,” doa peminat lain pula.
Saida menerusi majalah Nona sebelum ini pernah berkongsi mendoakan agar Nyssa sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida lagi, dia dan Nyssa umpama sahabat baik dan bila berkesempatan isi masa bersama, mereka senang bersembang tentang kecantikan dan juga fesyen.
Sementara Nyssa pula menyifatkan ibunya seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan baru-baru ini telah melancarkan muzik video untuk lagu single terbarunya, Meluruh.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Alyah dilihat cukup konsisten dalam mempersembahan muzik video berkualiti terhadap single-single yang dinyanyikannya.
Lalu selain berkongsi mengenai sisi kerjaya, bintang ini buat kesekian kali tetap akan ditanya mengenai sisi peribadi, terutamanya hal melibatkan suami, Datuk Ramli MS.
Meski sudah berikan penjelasan tetap ada segelintir netizen yang memberikan spekulasi terhadap rumah tangga Alyah bersama suaminya yang dikatakan kian renggang.
Ini kerana penyanyi berusia 38 tahun itu semakin jarang berkongsi momen bersama suami di laman media sosial.
“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun, memang jarang.
“Cuma kebelakangan ni saya akui agak kurang untuk kongsi foro bersama kerana masing-masing sibuk.
“Tambahan pula saya rasa Datuk (suami) ni pemalu, jadi kurang nak kongsi posting di sosial media.
“Malah ada ketikanya bila nak selfie kat rumah sama-sama saya tak pakai tudung pula. Jadi sudahnya saya tak boleh nak kongsilah benda-benda macam tu dekat peminat.
“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okey,” kongsi Alyah kepada MH.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor ini ditemui oleh MH di majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya itu di TGV 1 Utama, Bandar Utama, beberapa minggu yang lalu.
Rakaman muzik video ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar dan telah menampilkan pelakon hebat seperti Aprena Manrose dan Amerul Affendi.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...