Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ pada usia yang masih muda. Pada 12 November 2021 yang lalu, penyanyi Chris Daughtry dan isteri, Deanna Daughtry telah mengumumkan bahawa anak mereka, Hannah Price,25, meninggal dunia.
Hannah merupakan anak hasil perkahwinan Deanna yang pertama. Walaupun begitu Chris sudah menganggap Hannah seperti anaknya sendiri dan hubungan mereka rapat walaupun dia hanya bergelar bapa tiri. Ekoran kejadian tersebut, banyak spekulasi liar berkaitan kematian Hannah tersebar. Kini tiga bulan berlalu, barulah mereka bersedia untuk berkongsi tentang punca kematian anak mereka itu.
Dalam satu kenyataan media yang diberikan secara eksklusif kepada portal People, keluarga ini menyatakan bahawa Hannah telah membunuh diri di bawah pengaruh dadah.
Menurut kenyataan tersebut, “Anak perempuan kesayangan kami, Hannah Price meninggal dunia pada 12 November 2021 yang lalu. Banyak spekulasi telah dicetuskan sejak itu. Kini setelah siasatan penuh telah selesai dilakukan oleh pihak berkuasa, kami boleh berkongsi maklumat yang lebih lanjut.”
Hannah telah menggantung diri di rumahnya dan dijumpai oleh teman lelakinya yang kemudian menghubungi pihak polis. Sejak kecil lagi, Hannah dikatakan bergelut dengan masalah mental dan selalu keluar dan masuk pusat rawatan selama bertahun-tahun.
“Beberapa bulan selepas kehilangan ayah kandungnya yang juga membunuh diri, Hannah pula terlibat dalam satu insiden yang mana dia menjadi mangsa dan terkena tembakan di muka. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyokongnya dan mendapatkan bantuan yang dia perlukan untuk pulih daripada tragedi ini sekali gus mengembalikan hidupnya ke landasan yang betul,” jelas kenyataan itu lagi.
Ads
Keluarga Chris Daughtry juga ada menyebut yang sebelum Hannah membunuh diri, mereka ada membuat rancangan bersama dengan mendiang supaya dia mendapatkan rawatan dan tinggal berdekatan keluarga.
Pada pagi kematiannya, keluarga ini memberitahu lagi yang Hannah ada menghubungi mereka menyatakan yang dia bimbang akan keselamatannya selepas mendakwa teman lelakinya mendera secara fizikal dan mengambil keretanya.
Mereka segera menghubungi Jabatan Polis Daerah Fentress untuk melakukan pemeriksaan. Namun begitu setelah mendapat mengesahan dari Hannah sendiri yang dia dalam keadaan yang baik, pihak polis berlalu pergi tanpa tindakan lanjut.
Semasa kejadian menyayat hati tersebut berlaku, Chris Daughtry ketika itu sedang dalam siri jelajah konsert muziknya. Mengambil keputusan membatalkan siri jelajah yang seterusnya, dia pulang kepangkuan keluarga untuk menghadapi waktu sukar. Sehingga kini, penyanyi itu tidak memuat naik sebarang hantaran baharu di laman Instagramnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi, Azza Elite memaklumkan bapa mertuanya telah meninggal dunia pada pukul 4.55 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya, walau bagaimanapun tidak dinyatakan sebab kematian.
“innalillahiwainnailahirojiun mohon sedekah kan alfatihah buat allahyarham bapa mertua saya arwah zulaily baharudin telah pergi meninggal kan kami jam 4.55 am,” kongsinya.
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bersyukur dan terharu apabila majlis ramah mesra bersama kelab peminat berjalan dengan sukses meski berlangsungnya perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di beberapa lokasi, semalam.
Perhimpunan berkenaan turut menyebabkan beberapa buah jalan utama di ibu negara ditutup.
Bercakap mengenai program berkenaan dengan lebih lanjut, bintang yang bakal muncul menerusi single terbaru tidak lama lagi itu memberitahu, setiap tahun dia bersama kelab peminat akan memikirkan majlis yang membolehkan merapatkan hubungan dengan beramah mesra selain mengisi masa bersama.
Pertandingan boling yang diberi nama AJ Pinbusters 2.0 itu diadakan di Wangsa Bowl, One Utama, memulakan saingan sekitar jam 2.00 petang.
“Sengaja kami memilih sukan boling bagi merapatkan hubungan selain dapat meluangkan masa bersama. Mengapa tidak? Tapi mujurlah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya ingat tak ramai yang hadir, rupa-rupanya mereka masih menyokong dan sudi hadir. Malah, ada peminat dari Singapura turut datang,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ayda turut berkongsi lebih 180 peminat hadir bagi meraikan program main boling tersebut di samping ada juga peminat yang bukan di kalangan ahli kelab yang turut mendaftar bagi sama-sama bersaing.
“Ada wajah yang saya kurang familiar, tetapi mereka datang untuk menyokong. Kebanyakannya di kalangan remaja. Syukur dan terima lasih buat semua. Alhamdulillah, semuanya sukses dan harapnya ini bukan yang terakhir.
Pelakon Emma Maembong menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang merasai pengalaman bergelar ibu.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, menjelaskan, saat ini merupakan satu memori serta pengalaman sangat berharga buat dirinya.
“All i want to say is, i love both of you so much. Thank you Allah for this memorable and precious experience which i would cherish for the rest of my life @eslovestory @shazli.a.
“8/11/20 alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour,” tulisnya pada satu pautan video yang kini sudah pun ditonton lebih 600,000 kali itu.
Emma mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Suaminya menerusi Instagram sebelum ini ada mendedahkan isterinya itu sudah pun selamat bersalin anak lelaki.
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...