Penyanyi senior, Aishah Ariffin menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya bertindak kejam sehingga menjadi punca rumah seorang individu disita.

Individu terbabit difahamkan antara penaja yang menawarkan sebidang tanah lot banglo untuk program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) pada 2017 di mana Aishah muncul juara.

Meskipun telah bersetuju memberikan sejumlah amaun secara ansuran, namun individu terbabit dikatakan telah berlaku culas dalam soal pembayaran.

“Dia Beri Cadangan Alternatif, Dia Juga Langgar,” – Rumah Penaja Tanah Lot GV4 Boleh Disita, Aishah Nafi Kejam & Hanya Ikut Prosedur Mahkamah

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkata, sekiranya hakim menjatuhkan hukuman, ia mungkin maksima.

“Sebelum orang hentam saya sebagai orang yang tamak dan kejam, mereka kena tahu fakta sebenar. Perkara ini sudah jadi kes mahkamah. Kita dah setuju untuk selesaikan. Maknanya hakim tak jatuh hukum.

Ads

“Kita ada sejumlah bayaran yang tidak didedahkan. Dah cantik dengan cara bayaran bulanan dan dipersetujui kedua-dua pihak serta disokong oleh mahkamah.

“Salah satu klausa, seandainya dia lalai buat bayaran bulanan, automatik ia akan balik kepada jumlah andai jatuh hukum, dia akan jadi banyak itu.

“Sekarang bulan pertama bayaran okey. Bulan kedua dan ketiga dah ‘default’ (gagal). Bila ditanya, katanya ada bayaran nak masuk tapi lambat sikit,” katanya kepada MH.

“Dia Beri Cadangan Alternatif, Dia Juga Langgar,” – Rumah Penaja Tanah Lot GV4 Boleh Disita, Aishah Nafi Kejam & Hanya Ikut Prosedur Mahkamah

Ads

Walaupun sudah memberikan banyak kelonggaran namun, sehingga tarikh yang dijanjikan tetap tiada apa-apa berlaku.

“Saya diamkan lagi. Kemudian dia kononnya datang untuk runding semula bersama peguam untuk buat pembayaran selama setahun. Pun kita diamkan saja.

“Dia hanya bagi pembayaran pertama lepas itu tak juga sambung. Jadi asasnya dia tak datang semula untuk berbincang. Setiap perbincangan juga ada had tempoh tertentu.

“Jadi sebelum had tempoh selama enam tahun ini tamat, kita kena ambil tindakan. Seterusnya ialah kembali semula ke mahkamah tinggi untuk dapatkan kebenaran untuk sita,” jelasnya lagi.

Ads

Penyanyi lagu Janji Manismu ini turut memaklumkan individu itu juga hilang tanpa dapat dikesan dari perjanjian yang dibuat di depan hakim.

“Itu adalah langkah seterusnya. Kalau tak sita, seterusnya ialah muflis. Orang luar mungkin tak faham prosedur itu mungkin kata macam-macam.

“Dah berapa tahun saya tuntut sampai buat iklan dalam akhbar utama supaya datang berbincang. Dia tak datang berbincang, maka saya bawa ke mahkamah.

“Dia yang buat cadangan pembayaran alternatif, tapi dia sendiri yang langgar. Dah dua kali dia buat begini,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI