Fanzi Ruji salah satu bakat yang bagus di Malaysia. Kalau ada syarikat rakaman di Malaysia yang mencari penyanyi, boleh ambil dia.”

Itu kata penyanyi Indonesia, Judika buat bakat baharu, Fanzi Ruji yang terpilih dalam sesi Judika Vocal Tips’.

Terdahulu, sesi tersebut dikongsikan penyanyi terkenal itu menerusi Instagram rasmi Judika.

Fanzi Ruji atau nama sebenarnya, Mohd Rifanzie Ruji mengakui ia menjadi satu penghargaan besar apabila video nyanyian lagu Bukan Rayuan Gombal mendapat pujian Judika.

Malah, bintang asal Ranau, Sabah ini turut menjadikan pujian itu sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah dalam bidang seni.

Judika memberi respon nyanyian saya dua kali. Pertama, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya membuat nyanyian semula lagu Tersenyumlah Sobat.

“Ketika itu, dia buka sesi duet bersama peminat di IG. Mana-mana yang dia suka, dia akan muat naik semula dan saya antara yang terpilih.

Kedua, menerusi lagu Bukan Rayuan Gombal. Dia pilih mana-mana lagu yang dimuat naik menerusi#JudikaVocalTips.

“Jadi, dia memilih video nyanyian saya dan memberi tips dan komen yang dibuat secara sesi virtual.

IKLAN

“Pada sesi itu, dia memberikan komen dengan mengatakan suara saya bagus, ada warna dan kawalan mantap. Malah, dia cakap rugi kalau label tak ambil saya menjadi penyanyi. Rasa teruja juga apabila dia ‘follow’ saya di IG.

Diakui dia memang idola saya dan saya memasang impian untuk berduet dengannya suatu hari nanti. Kalau tak dapat berduet lagu sendiri, menyanyi sepentas pun okay,” katanya.

Terlebih dahulu, Fanzi juga bertuah apabila bakatnya disedari pihak syarikat rakaman Nova Music yang melamar dan menyunting dirinya menjadi penyanyi syarikat rakaman itu.

Fanzi yang juga merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Tun Datuk Mustapha, Kota Kinabalu berkata, tawaran diterima daripada pihak Nova Music sewaktu PKP lalu.

Tawaran datang selepas mereka melihat video nyanyian cover version saya di YouTube. Dalam masa sama, saya juga ada melancarkan lagu sendiri iaitu Hati Nan Rapuh termasuk di semua platform muzik digital.

“Dari situ, pihak Nova Music menghubungi saya. Tapi, saya ambil masa dua minggu sebelum membuat keputusan. Saya anggap ini rezeki dan peluang yang tak boleh dilepaskan,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, lagu Hati Nan Rapuh adalah hasil ciptaan Fanzi sendiri sementara lirik oleh Ed Widad dan Cik BJ.

Lagu ini hasil ciptaan saya sendiri dan lirik oleh dua rakanyang juga orang Sabah. Difahamkan lirik ini bercerita mengenai seorang ibu yang rindukan anak sebab berpisah jauhakibat perceraian.

Kiranya, lirik lagu ini adalah ilham dari kisah benar si penulis lirik. Dari situ, lirik dihasilkan bagi menggambarkan ekspresi rasa rindu pada anak. Pendek kata, lagu ini sebagai luahan hati.

Lagu ini dirakamkan sepenuhnya di Kota Kinabalu tahun lalu. Kalau ikutkan versi asal lebih empat minit. Tapi untuk Nova Music lagu ini digubah semula dan dipendekkan menjadi tiga minit lebih,” katanya.

Menurut Fanzi, itu adalah lagu pertama ciptaannya yang diketengahkan ke pasaran komersial selepas aktif menyanyi sejak 2009.

Sebelum ini, saya memang sudah aktif menyanyi secarasambilan di Kota Kinabalu sejak  2009 lagi. Jadi, ini bukan lagu pertama yang dicipta sendiri. Saya mempunyai 15 lagu termasuk dalam bahasa Dusun.

Kesemua lagu itu saya rakam dan terbitkan menggunakan duit sendiri. Alhamdulillah, lagu Hati Nan Rapuh inimendapat perhatian orang luar dan bawa ia ke peringkat lebihjauh,” katanya.

Mengenai kerjaya sebagai guru, Fanzi berkata dia masih boleh membahagikan masa dengan baik.

Menyanyi adalah minat saya sejak dulu lagi. Sebab itu, saya kerap menyertai pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Kalau waktu kerja, saya fokus pada kerja. Apabila sekolah barulah saya beri tumpuan pada nyanyian.

Selalunya saya buat video nyanyian semula di YouTube atau membuat persembahan di mana-mana. Anak murid pun tahu saya penyanyi sebab mereka buka YouTube.

“In Sya Allah, setakat ini saya akan berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk tujuan promosi lagu Hati Nan Rapuh.

“Macam beberapa hari lepas, saya berada di Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran muzik video,” katanya yang meminati genre pop dan R&B.

Single tersebut terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital.