“Dia Berlutut Depan Saya, Kata Siti Sudah Tiada,” – Sejurus Terima Berita Dari Menantu, Raissuddin Hamzah Rasa ‘Sesepi-Sepinya.’

Share

Bapa kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Raissudin Hamzah reda dengan pemergian anaknya itu meski selain mengakui rasa ‘sepi’ sejurus dimaklumkan mengenai berita tersebut.

Menurut Raissuddin,65, dia yang juga pernah terlibat dalam dunia seni memberitahu dia mengetahuinya daripada menantu, Shuib.

“Apa yang terjadi sudah ditetapkan Allah SWT, bukan percangan kita atau sesiapa. Inilah yang dikatakan takdir, ketentuan dan nasib. Ia tiga perkara yang bunyinya berbeza tetapi ia hal yang sama.

“Bila berlakunya benda ni (mengetahui), saya tak berkata apa-apa… saya tak tahu nak kata apa,” katanya.

Raisuddin memberikan reaksi tersebut sejurus ditanya pihak media usai majlis bacaan tahlil dan doa selamat buat arwah anaknya yang diadakan secara virtual pada malam Selasa.

“Pada malam (pagi Isnin) Shuib datang jumpa saya dengan senyum kata, bah (Abah) orang nak pergi hospital. Dia berlutut depan saya dan dia kata ‘Siti (Sarah) sudah tiada bah.

“Lalu saya rasa dunia ni macam… sesepi-sepinya. Kalau saya nak bagitahu macam mana perasaan, saya rasa tuan-tuan lebih faham.

“Cuma saya harapkan, marilah kita sama-sama doakan Sarah, agar dia tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang, tetapi dia tidak akan kembali lagi,” jelasnya.

Raissuddin pada masa sama turut berkongsi personaliti anaknya itu yang disifatkan sebagai anak yang taat.

Terdahulu, bintang berusia 37 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur, Cheras, akibat Covid-19.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pra-matang.

Published by
MH