Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial ada berkongsi dan mendedahkan sikap murni pengacara, Neelofa yang bersedekah.
Kongsi individu tersebut, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor difahamkan melakukan amalan bersedekah setiap hari.
“Saya sertai saluran telegram @Neelofa dan salah satu perkongsiannya adalah di sedekah.
“Dia bersedekah setiap hari, dengan niat yang berbeza.
“Contohnya, hari ini dia sedekah atas nama arwah datuknya, esok adalah mohon hari yang lebih lancar atau dipermudahkan.
“Salah satu sikap harian yang saya harapkan dapat dilakukan sepanjang bulan suci ini,” tulisnya menerusi akaun Twitter.
I joined @Neelofa 's telegram channel and one of her sharing is on sedekah. She did this daily sedekah, with different niat. For eg, today dia sedekah on behalf of her late grandpa, tomorrow is to have a smoother day. One of the daily habit I hope to build during this holy month.
— NQQ (@kurilkuyim) April 23, 2020
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji perkongsian dan sikap prihatian usahawan berusia 30 tahun itu kepada masyarakat.
Foto: Twitter Kurilkuyim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hati Mas Idayu Teruja Menanti Hari Ijab kabul; “Majlis Bersiram Pun Saya Dah Rasa Berdebar…”
Kurang dua minggu sebelum majlis akad nikah berlangsung, penyanyi dangdut, Mas Idayu mengakui perasaannya semakin berdebar-debar menjelang hari bahagianya nanti.
Mas Idayu bakal disatukan dengan Penerbit Eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada 16 September ini.
Teruja untuk melangkah ke fasa baharu selepas lebih 17 bergelar ibu tunggal, Mas Idayu atau nama sebenar, Mas Idayu Mesnun, 50, berkata dia sama sekali tidak menyangka perkahwinan kali keduanya mendapat perhatian ramai pihak yang sudi menaja.
Setakat hari ini, menurut Mas Idayu, sudah beberapa penajaan terpaksa ditolak secara baik memandangkan semua keperluan sudah dipenuhi.
“Saya bersyukur kerana perkahwinan kedua tak sangka akan dapat tajaan yang begitu besar. Dari RM7 juta, sekarang jumlah penajaan sudah hampir mencecah RM8 juta.
“Sehingga ke hari ini pun masih ada lagi pihak yang mendekati untuk menaja beberapa keperluan perkahwinan, namun saya terpaksa tolak secara baik sebab semua persiapan Alhamdulillah sudah disediakan.
“Bercakap tentang perasaan, memang saya rasa berdebar-debar tunggu majlis akad nikah nanti. Ibaratnya macam hati rasa tidak keruan, macam orang dulu-dulu kata, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.
“Macam majlis bersiram hari ini pun saya dah rasa berdebar, apa entah lagi majlis pernikahan nanti,” katanya kepada MH.
Mas Idayu ditemui pada Majlis Bersiram di Telaga Bunga Spa, Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Ahad. Majlis itu juga merupakan antara penajaan yang diterima penyanyi lagu Cintaku 100% itu menjelang hari bahagia.
Upacara bersiram itu turut dihadiri anak tunggal Mas Idayu, Nur Dayini Asyiqah, 24, yang turut sama mendoakan kebahagiaan ibunya kali ini kekal sehingga akhir hayat.
“Sejujurnya saya tak pernah nampak mummy (Mas Idayu) happy macam sekarang dan saya tumpang seronok untuk dia.
“Mummy adalah pernah cakap selain excited, dia juga rasa nervous sebab tinggal beberapa hari sahaja dan dia berharap agar majlis itu nanti akan berjalan lancar dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.
“Dulu-dulu susah saya nak terima orang baharu dalam keluarga tapi bila dengan daddy (Sufian), hati saya first time terbuka untuk tengok mummy kahwin lagi.
“Sebab saya pun dah besar dan memang nak mummy happy sahaja sampai bila-bila. Semoga ikatan yang dibina mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat,” kata Dayini.
Majlis akad nikah dan resepsi pasangan ini akan berlangsung pada 16 September di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) yang hanya akan didedahkan pada hari itu nanti.
Sekadar info, Mas Idayu pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 namun bercerai pada 2006.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqah, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Mahu ‘Buang’ Duit Sahaja..,” – Terbitkan Filem Sendiri, Rita Sosilawati Sanggup Masuk Kelas Demi Jadi Produser Berilmu
Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati mengumumkan dirinya bakal menerbitkan filemnya sendiri tidak lama lagi.
Menurut Rita, segala persediaan telah pun dia lakukan bagi mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang produser yang baik dan berilmu.
“Ketika ini, saya sedang dalam rangka perancangan untuk menerbitkan sebuah filem. Saya sudah pun menyertai kelas dan mendapatkan lesen daripada pihak Perbadanan Filem Nasional (FINAS).
“Saya masih lagi dalam proses pembelajaran kerana saya tidak mahu membuat sesuatu perkara itu tanpa ilmu. Saya tak nak main terjah sahaja. Saya akan sentiasa mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pemilihan genre filem masih lagi di peringkat perbincangan. Sudah ada dua hingga tiga jenis genre yang kami sedang pertimbangkan. Sekiranya tiada aral melintang, filem tersebut akan ditayangkan pada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata sedemikian dalam satu temuramah bersama MH baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan selepas menerbitkan filemnya nanti.
“Saya sedar akan situasi bisnes panggung wayang yang tidak menentu sejak fasa pandemik ini. Tetapi sebelum filem saya dilancarkan nanti, sudah pasti pihak saya akan mengakaji terlebih dahulu.
“Kalau tidak ditayangkan di panggung wayang, mungkin filem saya nanti boleh ditayangkan di platform-platform penstriman. Kalau filem itu tak dapat jual pun, kita akan fikir cara untuk survive supaya dapat balik modal. Saya juga seorang usahawan dan sudah tentu saya nakkan keuntungan.
“Pembikinan filem memang memakan kos yang tinggi tetapi saya akan tetap mengutamakan kualiti dan mengikut kehendak saya. Saya tidak mahu hanya sekadar membuang duit semata-mata nak keluarkan filem.
“Hujungnya nanti saya juga yang menanggung akibatnya,” katanya yang menjadikan Datuk Yusof Haslam sebagai idola di dalam dunia penerbitan filem.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dikritik andai ada mana-mana pihak yang kurang senang tentang penglibatannya didalam industri filem, Rita menjawab perkara seperti itu sudah menjadi lumrah buat dirinya.
“Kalau kita merupakan orang yang dikenali, memang lumrah jika kita ditempelak tetapi kita kena tahu apa pegangan kita yang sebenarnya. Kita juga kena tegas dengan pendirian dalam apa jua yang kita lakukan.
“Kalau saya dah bersedia untuk menjadi seorang produser, bermakna saya juga dah bersedia untuk dihentam. Perkara itu memang sudah biasa bagi saya. Sama ada anda suka atau tidak, ini adalah kehendak saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Rita baru sahaja dilantik sebagai duta syarikat pembekal utama barangan elektik, rumah dan peralatan dapur, ESH sempena kempen ESH Raya 2022.
Rita dan ESH bakal mengadakan kerja-kerja tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyampaikan perkakasan elektrik buat 200 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di Terengganu, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datin Rita Sosilawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Buat Swab Test Atas Rasa Tanggungjawab,”- Keputusan Covid-19 Negatif, Lan Solo & Keluarga Selamat Tiba Di Sabah
Penyanyi, Lan Solo dan keluarga telah menjalani ujian saringan Covid-19 beberapa hari yang lalu.
Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof memaklumkan bahawa dia sekeluarga bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Alhamdulillah.. result swap test covid19 kami sekeluarga NEGATIF Kami bukan kontek rapat.. cuma buat swap test atas rasa tanggungjawab..
“Yela..kerja2 aku & isteri memerlukan pergerakan ke sana sini..berjumpa dengan ramai orang..so ini antara insiatif kami sekeluarga untuk memastikan kami selamat dari virus jahat ni..
“Sama2 kita terus berusaha.. berdoa & bertawakal.. Moga kes semakin berkurangan..& virus ini terus lenyap dari mukabumi #lansolo #sheilarazlan
#anakanaklansolo #swaptest,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri terkini di Instagram, penyanyi berusia 35 tahun ini sudah selamat tiba di Sabah bersama keluarganya, pada Isnin.
“2 minggu la kita berkampung di Sabah ya..SABAHAN.. Ada ka yg mau ambil kami jadi keluarga angkat..
#lansolo #lankristal #lanborneo
#sheilarazlan #anakanaklansolo
#soloborneomart
#mco mco2 #pkp #pkp2 #sabah
#kerjabosku,” tulisnya.
Untuk rekod, Lan telah menamatkan zaman bujang bersama isterinya, Nur Sheila Hassim pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Lan dan isteri telah mengusahakan perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang menjual barangan dari Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun yang lalu.
Foto: Instagram Lan Solo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI