“Dia Boleh Kongsi Satu Kampung…,”- Beri Sumbangan Buat Keluarga Pedalaman, Kisah ‘Panjangkan’ Rezeki Fedtri Yahya Bikin Semua Terinspirasi

Share

Pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya ada berkongsi kisahnya ketika menghulurkan bantuan buat sebuah keluarga di kawasan pedalaman di Pulau Bruit, Sarawak.

Menurut Fedtri, hatinya tersentuh selepas mengetahui keluarga berkenaan telah berkongsi barangan bantuan tersebut bersama seluruh penduduk kampung.

“Saya dan rakan beri bantuan tak sebanyak mana pada sebuah keluarga di pedalaman.

“Tapi kan dia boleh kongsi satu kampung. Tak pentingkan diri. Tak sembunyi rezeki,” jelasnya.

Kisah tersebut dikongsikan pengacara Malaysia Hari Ini itu di laman Twitter miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh bila mendengar kisah berkenaan selain turut mendoakan semoga segala urusan Fedtri Yahya dipermudahkan.

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

Published by
Aizam Manaf