“Dia bukan camera shy.” Itu respon yang diberikan pelakon dan pengacara Mira Filzah mengenai anak sulungnya, Wan Khair Amir yang kini sudah mencecah usia tujuh bulan.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, terdapat beberapa jenama dan syarikat produksi yang menawarkan beberapa tawaran iklan komersil kepada anaknya.
Walaupun begitu, menurut Mira, dia dan suami, Wan Emir Astar akan menilai terlebih dahulu mana yang bersesuaian dengan Amir memandangkan anaknya masih kecil.
“Memang ada yang risik-risik mengenai kesediaan saya ‘melepaskan’ Amir ke dunia komersil sama ada membabitkan iklan mahupun berlakon.
“Kalau kempen yang memerlukan tempoh singkat boleh dipertimbangkan, cuma terbabit dalam lakonan mungkin bukan dalam waktu terdekat sebab dia masih terlalu kecil,” katanya kepada MH.
Sebelum ini, Mira dan Amir pernah bersama-sama menjayakan kempen iklan sebuah produk kelengkapan rumah dari Korea Selatan.
Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 32, pada 3 September 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI