Meski Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) telah melabuhkan tirai Ahad lalu, namun ia masih diperkatakan, misalnya persembahan penyanyi Aina Abdul mengundang kontroversi menerusi lagu Sumpah.

Konsep persembahan yang secara tiba-tiba cecair merah mencurah keluar sebagai simbolik darah telah member rasa kurang senang sesetengah pihak.

IKLAN

Ada yang berpendapat, ia boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.

Dalam masa sama, pelakon Khir Rahman ada memberikan pendapatnya sendiri mengenai persembahan terbabit.

“Ayuh rakyat Malaysia, kita kena kuat mental. Dia (Aina) bukan mendedahkan aurat, pakai skirt pendek atau memperlekehakan agama atau mengkritik kerajaan dan sebagainya. 

IKLAN

“Dia cuma ingin membuatkan busana dia berfungsi ketika persembahan di atas pentas. 

“Dress yang membolehkan ia mengeluarkan air berwarna merah, kita tahu ia bukan darah sebenar. Kalau tak, dia dah tak boleh buat persembahan dah. 

“Ia adalah sebuah simbolik, perlambangan kepada kesakitan dan kekecewaan. Ia adalah sesuatu yang kreatif. Kenapa dia dibahan bagai nak rak,” katanya sambil merakam video menerusi Instagramnya.

Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba air berwarna merah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.

Bagaimanapun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Shadow itu telah memohon maaf dan  menjelaskan konsep persembahannya adalah sebagai ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan ini.

Video : Instagram Khir Rahman