“Dia Cakap Jiwa Dia Nak Sendiri. Nak Sorang Macam Bujang,” – Fedtri Yahya Dedah Pengakuan Isteri Buntu Suami Niat Cerai Sebab…

Share

Menyedari bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai bapa, hos dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya ada berkongsi kisah rumah tangga.

Pengakuan tersebut diambil menerusi salah satu mesej yang diterimanya daripada media sosial.

Kongsinya, suami si pengadi didakwa mahu melepaskan dirinya kerana bimbang masalah depsresi yang dialami kian teruk, namun sang isteri tidak bersedia untuk berpisah.

“Assalamualaikum. Saya nak tanya pendapat encik Fitri. Saya isteri kepada suami dengan sorang anak masih kecil. Sekarang suami saya mengalami stress melampau, saya kira macam depress.

“Mudah marah, suka diam saja. Dia minta untuk saya lepaskan dia. Dia cakap kalo masih bersama akan buat dia terseksa makin stress. Dia taknak saya dan anak pun terseksa. Dia selalu minta maaf. Dia cakap jiwa dia nak sendiri. Nak sorang macam bujang dulu. Dia stress dengan kewangan dan kerja. Dia tak ada perempuan lain.

“Saya tak bersedia. Apa perlu saya buat. Saya sedih fikir bend ani. Kami baru dua tahun kawen. Saya buntu,” kongsi wanita terbabit seperti yang dikongsikan Fedtri.

“Setakat nama je ayah, semua orang boleh. Tapi nak laksanakan tanggungjawab tu..,” tulisnya pula di ruangan kapsyen.

Simpati dengan nasib wanita berkenaan, netizen menasihatkan agar pasangan ini segera menjalani rawatan alternatif bagi mencari penyelesaian.

Malah, ramai yang menyarankan agar wanita ini lebih mendekatkan diri dengan Allah kerana semua yang berlaku adalah ujian dari-Nya.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab