“Dia Cakap Papa Tipu, Rasa Macam Kena Gigit Scorpion,” – Bawa Anak Berkhatan, Norman Hakim Kongsi Suasana Di Ruang Bedah

Share

Umum mengetahui, berkhatan sememangnya merupakan antara momen yang paling tidak dapat dilupakan dalam kehidupan seorang lelaki.

Mata tidaknya, setiap kali ingin berkhatan, pasti akan ada sahaja ragam yang akan anak-anak ini tunjukkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon, Norman Hakim dilihat ada berkongsi suasana di ruang bedah sewaktu anaknya sedang menjalani proses berkhatan.

Norman yang setia berada di sisi dilihat sedang cuba mengawal keadaan agar anaknya itu kekal sepanjang proses tersebut berlangsung.

“Circumcision; Part of the journey for Awish. Sebelum ni papa ‘story’ kat Awish yang papa dulu sunat sakit sikit macam kena gigit semut je.

“Dah selesai semua dia cakap papa tipu sebab rasa macam kena gigit scorpion,” tulisnya.

Katanya lagi, sebaik sahaja selesai berkhatan, anaknya itu memaklumkan rasa sakit yang dialaminya amat berbeza dengan apa yang digambarkan oleh bapanya sebelum ini.

Dikesempatan itu juga, pelakon drama, The Maid ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada para doktor dan jururawat yang terlibat sepanjang prosedur tersebut berlangsung.

“Apapun alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada semua yang banyak mendoakan. Terima kasih kepada doktor-doktor yang terlibat.

“Kikim? Hahhaha yg tu nanti mummy @memeysuhaiza sambung,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga anaknya itu lekas sembuh tanpa sebarang komplikasi.

“Adoi bang, tiba-tiba teringat kenangan lama.

“Alahai, kesian Awsih. Alhamdulillah, dah selesai dah. Lepas ni dah jadi anak bujang la Awish kan.

“Strong boy. Kita yang tengok ni yang nervous. Tak lama lagi my turn nak bawa anak lelaki sorang tu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Norman dan isterinya, Memey Suhaiza telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan keduanya itu, Memey dan Norman dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim.

Sumber: Instagram Norman Hakim

Published by
Aizam Manaf