Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan suaminya yang juga bintang asal Singapura, Aliff Aziz pernah meminta untuk berpisah secara baik pada Februari lalu.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata permintaan tersebut nyata membuatkan dirinya tertanya-tanya memandangkan ia dilakukan secara mengejut.
“Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai, dia cakap sudah tiada perasaan. Dia kata sudah tak rasa apa-apa.
“Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai ni? .. tiada ribut tiada angin, dia kata Allah bagi perasaan itu,” katanya pada Majlis Iftar Bersama Bella Astillah di K Town BBQ Bukit Jelutong pada Rabu
Bella bagaimanapun memujuk Aliff agar tidak berbuat demikian (cerai) demi anak-anak.
“Masa itu saya tidak tahu lagi tentang kewujudan Ruhainies ini, jadi saya merayu dengan dia… janganlah (cerai), kesian dekat anak-anak.
“Saya pujuk Aliff siap hantar video… tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun. Dia cakap nak cerai pada 31 Mac di mana selepas habis penggambaran drama.
“Sepanjang menunggu dia nak ceraikan saya tu, saya melalui hari-hari macam tiada semangat. Kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba.
“Kami gembira, kita pergi Penang… kenapa tiba-tiba. Sebab itu saya solat istiqarah… sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan kes khalwat. Sebab itulah saya failkan cerai. Oh inilah jawapannya.
“Inilah sebabnya tak balik rumah dan tiba-tiba nak cerai, pada saya jangan fitnah itu sesuatu yang sangat teruk,” luahnya lagi.
Terdahulu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini