Berita

“Dia Cakap Tak Payah Beli Semua…,” – Yana Samsudin Sudah Bersalin, Syukur Rezeki Suami Bagi Hadiah Pakej Berpantang

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Yana Samsudin yang selamat menimang cahaya mata keempatnya, baru-baru ini.

Sambil memanjat rasa syukur, Yana sebelum ini ditimpa ujian apabila melalui fasa hormon tidak stabil dan menghidap praeklampsia iaitu penyakit darah tinggi buat ibu hamil.

“Alhamdulillah syukur akhirnya baby boy selamat dilahirkan, lepas hormon dah kacau bilau sebelum ini. Allahu…

“Lepas 4 hari kat hospital itu hari BP (tekanan darah) masih tak stabil dari 140 sampai ke 170.

“Suami decide nak minta keluar juga dari hospital lepas bersalin, walau BP tinggi. 

“Semua group kerja Yana, bisnes dan belajar, suami dah archive & mute notification, taknak Yana tengok. Suami nak Yana betul-betul berehat.

“Alhamdulillah hari ke 5 doktor bagi Yana keluar dari hospital,” kongsinya.

Yana memaklumkan perkara itu meneursi hantaran di Instagram, pada Khamis.

Yana bagaimanapun turut terharu apabila suaminya, Fadzil Zahari membuat kejutan yang tidak disangka-sangka.

“Masa masuk dalam kereta Yana cakap baju baby tak beli lagi, baru ada 2 set. Itu pun mana yang sempat dia lari beli masa lepas bersalin, kat kedai baby bersekitaran hospital.

“Yana pun baru teringat nak beli pad & kelengkapan ibu bersalin semua. Dia cakap tak payah beli semua tu, aik ? Pelik kite.

“Rupanya suami buat surprise ! Dia bawak yana ke @klcpostnatalcare. Tak terfikir Yana akan berpantang di sini… waaaaaaaa!!!

“Sebab kat rumah dia dah siap buat bilik & beli katil baru untuk Tana berpantang di tingkat bawah. Tak bagi kiter naik tangga berpantang di tingkat atas, susah nak monitor katanya,” tulisnya lagi.

Yana pada masa sama menjelaskan, suaminya ada sebab tersendiri susulan kejutan yang telah diberikan.

“Apa alasan dia hantar kat sini, sebab dia nak ubah enviroment Yana, dari view hospital, nak Yana selesa macam lepak rumah santai tengok movie jer.

“Ada nurse jaga 24 jam untuk mommy & baby. Makan pakai semua ready tak payah fikir apa-apa. Terharu lagi. Syukur sangat saya rasa. Ya Allah…

“Kiter senyum je sepanjang perjalanan nak sampai ke confinement centre. Tak dapat bayangkan macam mana nanti. Sebab suami kata datang je sehelai sepinggang,” jelasnya.

Yana juga menitipkan dedikasi teristimewa buat suami tersayang.

Imbas kembali, pasangan dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, dan Aura Aisy Sofea, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH