Penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak kisah sekiranya suatu hari nanti anak keduanya, Wan Azevanatassha atau Natassha, 21, terbabit dalam dunia hiburan tempatan dan menjadi penyanyi kerana dia berbakat di dalam bidang berkenaan.
Perkara itu dikongsikan A Aida, 52, susulan beberapa video yang dimuat naik anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Ameng Spring, itu tular di aplikasi TikTok.
“Saya tak kisah dia menjadi penyanyi. Saya okay saja. Macam saya kata, dia ada suara, rupa dan pandai main gitar, kenapa tidak. Saya selalu cakap pada dia, mainlah gitar dan letak di YouTube. Manalah tahu boleh meletup.
“Saya selalu bebel pada dia. Sudah ada semua dan buatlah album. Tapi dia tak nak, sebab katanya itu lebih pada kepuasan diri sendiri. Perhatiannya bukan nak menjadi artis, dia tak nak.
“Bagi saya, sayang anugerah Allah. Tak semua orang dikurniakan kelebihan dan bakat itu. Sayang tak digunakan,” katanya.
Ads
A Aida yang juga penerbit A Aida Production turut menambah, kedua-dua anak perempuannya pandai dan berbakat dalam bidang nyanyian.
“Kakak dia pun, Wan Az Aleesa, 26, pun boleh menyanyi. Kedua-dua anak Ameng ni boleh nyanyi. Tapi itu lah, mungkin mereka mahu beri perhatian pada bidang lain iaitu pelajaran.
Ads
“Alhamdulillah, Aleesa sekarang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Natassha pula program Akauntan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Macam Natassha, dia seorang anak yang ada dunia tersendiri. Biasa dalam bilik saja. Sedangkan bagi saya dia pandai main gitar, menyanyi, suara ‘best’.
“Dari dulu lagi saya dengan beberapa kawan dalam bidang muzik ‘bodek’ dia suruh jadi penyanyi dan berlakon dalam video muzik. Tapi dia akan cari alasan tak nak.
Ads
“Sekarang dia cuti semester dan banyak habiskan masa dengan komposer Sharon Paul di studio. Saya pun suruh komposer, Sharon pujuk dia mana tahu nak menjadi penyanyi,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/m68NrpTpSgA
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kepada mereka yang terlepas cerita hiburan semalam, MH recap antara paparan menarik semalam!
1. Jarak Umur 10 Tahun Bukan Penghalang Buat Priyanka Chopra-Nick Jonas Untuk Berkahwin!
Priyanka pernah dinobatkan sebagai Miss World pada tahun 2000 lalu ketika itu usianya 18 tahun dan merupakan pemenang kelima anugerah berprestij itu untuk kali kedua berturut-turut.
Manakala, Nick Jonas yang ketika itu berumur 8 tahun dan baru setahun memulakan karier berlakon di teater.
Bekas penyanyi yang kini bergelar guru, Tasha Manshahar selesa menggayakan pakaian santai dan tidak keterlaluan.
Baginya, penampilan sedemikian memainkan peranan penting sebagai seorang ibu yang sentiasa sibuk mnguruskan rumah tangga; khususnya menguruskan anak.
“Honestly after a year bersalinkan Muammar, baru I ada mood nak update wardrobe i, baru ada interest nak bersiap sikit. Sebelum ni serius rasa macam tak guna pun nak bersiap sebab nanti selekeh juga urus anak.
“But! Actually bila kita pakai apa yg kita selesa and kita rasa kita nampak cantik/presentable, kita akan rasa alot better about ourselves,” tulisnya.
Malah, isteri kepada penyanyi dan komposer, Fahrur Raqib Majid itu juga selesa menggayakan rona berwarna gelap.
“Disclaimer : definisi cantik/presentable setiap org adalah berbeza. So ikut lah masing-masing punya citarasa.
“I always prefer something simple, safe and easy to style. Colour pun usually lebih kurang sama je. Yg gelap2, yg earth tone, atau yg dusty2,” kongsinya.
Selepas hampir tiga bulan bercuti akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19, akhirnya, sesi persekolahan dibuka semula hari ini bagi kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan awam.
Bagi mengembalikan semangat para guru, pelajar dan ibubapa, pihak Radio Televisyen Malaysi (RTM) mengambil inisiatif bersiaran sambil mengenakan seragam sekolah bermula pagi tadi.
Usaha tersebut bukan sahaja melibatkan para penyampai malah turut disertai oleh semua kakitangan dan krew dibelakang tabir RTM diseluruh negara.
Menurut Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Saifuzzaman Yusop, usaha ini dibuat untuk membuka mata semua pihak bahawa RTM sentiasa meberikan dokongan penuh buat semua warga pendidik.
Malah, beberapa foto menunjukkan kesemua pengacara program Selamat Pagi Malaysia mengenakan seragam sekolah turut dikongsikan oleh penyampai radio, Dj Sonic.
“Hanya di RTM. Rare gila bila tengok pembaca RTM pakai baju sekolah. Jarang berlaku. Saksikan hari nie.
“Khabarnya ada lagi kejutan oleh pembaca berita RTM. Good job. Korang tukar channel lain pun korang takkan dapat tengok kesemua pembaca berita berbaju sekolah hari nie.
“Hanya di RTM. Good job team berita RTM,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kelainan yang ditunjukkan oleh stesen tv tersebut.
Sumber: Youtube Berita RTM & Facebook Dj Sonic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!