“Dia Cari Saya, Tapi Maaflah…,” – Isteri Influencer, Shermine Hau Tak Layan Pujuk Rayu, Suami Pula Terharu Ada Sokongan Netizen

Share

Susulan pendedahan mengenai rumah tangganya diganggu orang ketiga, usahawan dan pempengaruh Tik Tok, Shermin Hou Ah Moi mendedahkan suaminya yang juga merupakan pempengaruh, View Chin telah merayu untuk kembali berbaik dan cuba menjernihkan keadaan.

Bagaimanapun, Sharmine menegaskan dirinya tidak mahu lagi terpedaya dengan pujuk rayu suaminya itu.

Malah, dia juga telah bertindak untuk menyembunyikan diri dan menyekat suaminya untuk berhubung dengannya.

“Dia cari saya. Merayu kepada saya balik. Tapi maaflah. Saya tidak akan terkena perangkap awak (View Chin) lagi. Saya dah block dia dan bersembunyi,” tulisnya.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shermine menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Sementara itu, menerusi hantaran berasingan, Shermine turut berkongsi sebuah video yang memaparkan perbualan Whatsapp diantara suaminya bersama wanita bernama Mira.

Mira difahamkan merupakan salah seorang pekerja di syarikat mereka yang telah pun dianggap seperti keluarga

Katanya lagi, dia sendiri tidak menyangka bahawa suaminya itu telah kerap kali mengajak kekasih gelapnya ke hotel.

“Korang faham tak? Bila awak percaya sangat dengan suami awak? Saya keluar dengan kawan, tapi dia pula pergi check in hotel.

“Rindu anak ke? Kalau rindu, kenapa nak pergi hotel masa tu? Tinggal di rumah teman anak lah. Kenapa masa saya keluar, kau tak boleh teman anak? Saya tak faham,” kongsinya lagi.

Sementara itu, hasil tinjauan MH di laman Instagram, View Chin terharu dengan tindakan para pengikutnya yang menunjukkan tanda sokongan dan memberikan kata-kata semangat di ruangan ‘direct message’.

Malah, dia juga telah memohon maaf kerana menghampakan para pengikutnya itu.

Terdahulu, pendedahan Sharmine mengenai keretakkan rumah tangganya ini nyata mengejutkan ramai pihak selepas dia dan suami sering kali kelihatan mesra ketika muncul di platform media sosial.

Disebabkan insiden ini, View Chin bersama wanita bernama Mira telah teruk dikecam netizen.

Sehingga kini, View Chin difahamkan belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan curang tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Facebook Shermine Hau, Instagram View Chin

Published by
Aizam Manaf