
Meskipun baru memasuki prosiding perceraian yang pertama, isteri kepada pelakon, Edika Yusof iaitu Hidayah Yusri mendakwa suaminya itu kerap kali melafaz talak terhadap dirinya sebelum ini.
Menurut Hidayah, ini bukan kali pertama dia membuat permohonan cerai dan sebelum ini, mereka pernah menghadiri perbicaraan di mahkamah untuk prosiding pengesahan lafaz cerai.
“Saya pun tak tahu apa yang diperkatakan oleh pihak Edika kepada media. Namun ada beberapa perkara yang ingin saya nyatakan. Memang hari ini saya membuat permohonan cerai.
“Tapi sebenarnya, ini bukan kali pertama saya mambuat permohonan cerai. Sebelum ini saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang telah dilafazkan banyak kali,” katanya kepada MH.
Hidayah berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Angkat Sumpah Laknat
Bagaimanapun, Hidayah memaklumkan Edika menafikan segala dakwaan mengenai lafaz cerai dan telah mengangkat sumpah laknat.
“Tapi Edika telah menafikan segalanya dan telah mengangkat sumpah laknat pada Januari. Kemudian saya teruskan dengan permohonan cerai.
“Pada Disember lalu, saya sudah buat pengesahan lafaz cerai dan bulan Januari kita naik ke mahkamah. Edika menafikan semuanya,” ujarnya lagi.
Anak Harap Yang Terbaik
Sementara itu, anak sulung hasil perkahwinan Nor Hidayah dan Edika iaitu Fardeen Nasrulhaq yang turut hadir menemani ibunya berkata, perceraian adalah jalan terbaik buat ibu dan ayahnya.
“Saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk ibu dan ayah saya. Saya harpa selepas ini kedua-dua mereka akan kurang tekanan.
“Sejak kecil saya sudah biasa menjaga ibu. Rasanya tiada beza pun sekarang,” katanya.
Pagi Rabu, mahkamah hari ini menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah.
Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata pihak mahkamah juga membenarkan pihak Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI