Mengimbau kembali foto lama di laman Instagramnya, Datin Seri Shahida mengatakan suami, Datuk Seri Aliff Syukri seringkali mengkritik cara pemakaiannya yang tidak pandai bergaya.

Namun melihatkan foto dahulu, jelas isteri kepada jutawan itu, nampaknya si suami lebih teruk daripadanya.

“Abah @aliffsyukriterlajaklaris dan @qadejah_terlajaklaris zaman dahulu…dia asyik complain saya x pandai bergaya…tapi bila tgk gambar dia dulu lagi teruk dari saya,” tulisnya.

Malah dia turut berseloroh bertanya harga selipar yang dipakai waktu itu.

IKLAN

“Nak tanya selipar @aliffsyukriterlajaklaris tu jenama apa berapa ratus ribu pula harga?😂😂 jawab please!” tambahnya lagi.

IKLAN

Terhibur dengan perkongsian ini, netizen turut memberi reaksi.

IKLAN

“Dia Dulu Lagi Teruk Dari Saya” – DS Shahida Throwback Fesyen Suami, Siap Perli Harga Selipar Ratus Ribu “Dia Dulu Lagi Teruk Dari Saya” – DS Shahida Throwback Fesyen Suami, Siap Perli Harga Selipar Ratus Ribu

Sekadar makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudah Arshiyah serta seorang anak angkat.

Foto : Instagram DS Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI