“Dia Faham Betul Maksud Lagu Ini,” – Ajai Puji ‘Baek’ Cara Nyanyian Penyanyi Berketurunan Iban, Winnie Albert

Share

Lagu Percayalah yang dinyanyikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara karya malar segar yang masih lagi menjadi siulan peminat setia Siti.

Diterbitkan pada tahun 2001, Percayalah merupakan ciptaan komposer Ajai manakala liriknya pula mendapat sentuhan daripada Siti sendiri.

Baru-baru ini, lagu berkenaan kembali menjadi tular selepas video seorang penyanyi berketurunan Iban yang dikenali sebagai Winnie Albert menyanyikan lagu itu di sebuah restoran di Kuching, Sarawak mendapat perhatian netizen.

Malah video itu juga turut dikongsikan Ajai menerusi laman Instagram miliknya yang memuji bakat dimiliki Winnie.

“Lagu Percayalah saya ciptakan untuk penghibur nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Selain punyai nada yang sedap, punyai pitch note yang tepat, penghayatan nyanyian juga penting untuk menyedapkan lagi sesebuah lagu.

“Penghayatan yang tidak keterlaluan (tak over feel).

“Apa yang saya huraikan… semua ini ada dalam nyanyian ‘penyanyi’ cover lagu ini. Sedap didengar, baek!!

“Dia faham betul maksud lagu ini,” tulis Ajai yang turut menyertakan tanda pagar #gifted dan #bukansekadarrupa.

Nyanyian merdu Winnie yang sudah 30 tahun berkecimpung dalam industri nyanyian di Sarawak turut mendapat pujian daripada netizen dan selebriti yang terpukau dengan kemerduan suara wanita tersebut.

Malah, ada juga yang menyamakan vokal Winnie mirip seperti penyanyi Dayang Nurfaizah, Idayu serta Allahyarham Adibah Noor.

“Ada sikit iras Dayang Nurfaizah suaranya,” komen Zarul Umbrella.

“Enak suara dia bro,” tulis Lah Ahmad.

“Sedap gila,” tulis Indah Ruhaila.

“Amazing,” titip anakanda Yang Dipertuan Agong, Tengku Iman Afzan.

Sekadar info, Winnie pernah menghasilkan beberapa single seperti Berperang Dalam Petang, Nadai Ganti Nuan dan Pagar Makai Padi.

Malah, kini beberapa sedutan persembahan Winnie turut tular khasnya di TikTok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ajai

 

Published by
Juliana Johar