Pelakon Hafidz Roshdi selamat menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam, malam tadi.
Menurut Hafidz, dia sah begelar suami kepada Athira kira-kira jam 8.15 malam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.
Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.
“Dia ‘first love’ saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini.
“Alhamdulillah saya bersyukur apabila Allah beri peluang untuk saya menjadi suami sekali lagi. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.
“Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat. Doakan yang terbaik untuk perkahwinan ini,”katanya.
Pada majlis pernikahan itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Ditanya mengenai keistimewaan yang dimiliki Athira, Hafidz berkata, isterinya itu menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya.
“Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz tidak mahu mengambil pusing mengenai segala komen negatif mengenai pernikahannya dengan wanita yang wanita yang dilaporkan menjadi punca pergolakan rumah tangga bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.
“Saya tak nak ambil kisah. Biarlah apa mereka nak cakap,” katany lagi.
Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira khirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram sebentar tadi.
Untuk rekod, Hafidz, 29, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan pasangan ini bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini