“Dia Gantikan Arwah Ainul Dalam Masa Yang Tidak Terduga,” – Ali Sebak, Allah ‘Gantikan’ Abam Dengan Orang Baru

Share

Tidak menyangka, dalam berduka kehilangan abang tersayang, Ali Puteh mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.

Memetik laporan Astro Gempak, dia menyatakan isteri perlu membuat pemeriksaan berkala dan diberi perhatian khas kerana kandungan sebelum ini mengalami jantung berlubang.

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.

“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya” katanya seperti yang dipetik.

Sekadar imbasan, Ali kehilangan puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November tahun lalu selepas 17 hari dirawat di hospital akibat penyakit jantung berlubang dan masalah injap jantung terbalik.

Sumber : Astro Gempak & Instagram Ali Puteh

Published by
Noraini Abd Wahab