Penyampai radio, Issey Fazlisham mengumumkan bakal menamatkan zaman duda dengan wanita yang juga kenalan lamanya pada 22 Disember depan.
Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, seperti yang dipetik mStar menjelaskan, dia dan bakal isteri, Noor Aimi Jamel sudah sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Insya-Allah saya akan melangsungkan majlis akad nikah di Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 22 Disember ini.
“Saya dah lama kenal dengan bakal isteri sejak sekolah dan sudah merancang lama untuk berkahwin dan ini masa paling sesuai untuk saya tamatkan zaman duda.
“Dia seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak dan kematian suami dua tahun lepas kerana kemalangan, apabila tengok kawan-kawan ada anak bini, saya pun rasa nak jugalah ada keluarga dan hari ini saya umumkan tentang perkara itu,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda pernah membuat mendedahan dia kini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.
Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun keduanya mengambil keputusan untuk pada 21 Ogos 2016.
Malah, e-kad jemputan majlis pernikahan bintang radio berusia 32 tahun itu juga sudah pun dikongsikan bersama pihak media. Tahniah buat Issey!
Foto: Instagram Issey Fazlisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI