Salah seorang penyanyi kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis berkongsi berita sedih bersama peminatnya menerusi akaun Instagram, semalam.
Cik Manggis atau nama nama lengkapnya, Nurshazwani Shamsuddin telah memaklumkan ibu mertua tercintanya telah meninggal dunia pada 4 Mei lalu.
“Mak tau kan kita sayang mak sangat sangat? Tapi Allah lebih sayangkan Mak. Dia jemput Mak dalam keadaan yang sangat baik.”
“Mak pergi dalam keadaan senyum, urusan mudah, cuaca panas tapi tempat Mak redup.
“Segalanya dalam keadaan baik sebab Mak orang baik. Tak pernah tindas orang, selalu sayang orang.”
“Anak orang pun mak layan macam anak sendiri termasuk Wani. Untung Wani dapat Ibu Mertua macam Mak. Mak kerja kuat sangat kat sini, tiba masa Mak rehat ya.”
“Semoga Mak tenang dan bahagia di Syurga tertinggi disisi Abah. In shaa Allah, amin.”
“FARIDA BINTI HASSAN . 040519 . 8:49PM
13.09.1957 – 04.05.2019,” tulisnya panjang lebar.
Lantas, berita sedih yang dikongsi Cik Manggis diiringi dengan ucapan salam takziah daripada rakan artis dan peminat.
MH juga ingin mengucapkan salam takziah kepada Cik Manggis. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salam takziah buat Cik Manggis seisi keluarga.
Foto : Instagram Cik Manggis