Belum lagi reda isu pembantu rumah arwah ibu Nirina Zubir mencuri sijil tanah bernilai lebih RM4.9 juta, Nirina Zubir turut berkokngsi yang pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri Khasmita itu turut memperdayakan ibunya dengan mencuri hasil rumah sewa dan bilik asrama selama ini.
Bintang filem Ali & Ratu-Ratu Queens itu berkongsi yang selama ini dia tidak mengambil tahu mengenai bilik asrama dan juga rumah sewa milik ibunya kerana melihat Riri sebagai pembantu yang membantu menguruskan segala perniagaan ibunya yang ada.
Menceritakan tentang penipuan itu menerusi laman YouTube Kompas, dia berkata, “Wang hasil bilik asrama dan juga wang sewa rumah milik ibu turut diambilnya. Sejujurnya sebelum ini kami tidak berfikiran buruk sedikitpun.”
BACA LAGI: Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Perkara itu terbongkar seiring dengan penemuan tentang penipuan enam sijil tanah milik ibunya yang telah dijual dan digadai.
Apabila saudara mara Nirina menguruskan bilik asrama dan rumah sewa setelah kematian ibunya, dari detik itu mereka mendapati yang penghuni di bilik sewa sewa itu merupakan pekerja-pekerja bisnes milik Riri.
Mereka tinggal disitu secara percuma dan bayaran rumah sewa turut dimanipulasi.
Jelas Nirina, “Bilik-bilik itu dipenuhi dengan pekerja-pekerjanya. Mereka tidak perlu membayar wang dengan alasan bil elektrik adalah bayaran rata. Sama juga dengan rumah sewa, dengan kami Riri menyatakan pembayaran adalah sekian-sekian namun apabila ditanya kepada penyewa jumlah bayaran yang mereka beri kepada Riri jauh lebih tinggi.”
Pembongkaran jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut menjadi bualan hangat dan mengejutkan ramai pihak terutamanya tentang isu mafia tanah yang memanipulasikan orang untuk menjual tanah mereka melalui penipuan.
Sumber: Youtube Kompas
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan