Berkongsi foto ibunya mengenakan telekung di dalam masjid, personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Maryam Durian Kimchi menjawab persoalan ramai mengenai status agama ibunya itu.
Menurut Maryam, ibunya itu masih belum melafazkan syahadah tetapi dia dikatakan sudah lama mempelajari tentang agama Islam.
“Agak sukar untuk saya bercakap mengenai perkara ini. Ibu belum pernah lafazkan syahadah tapi dia sudah pun belajar mengenai Islam.
“Dia juga sudah mengelak untuk makan daging khinzir dan kini sudah mengenakan pakaian yang tertutup. Lagi tertutup daripada saya.
“Ibu mungkin ada terdetik nak memeluk agama Islam sebab ketika saya mula mengenakan hijab, dia juga nak cuba pakai hijab.
“Saya pun tak sangka dia nak bawa balik telekung ke Korea. Saya pernah bawa ibu ke masjid untuk solat Subuh dan dia minta saya untuk mengajarkannya cara solat,” katanya kepada MH.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Mat Tudung Begins yang berlangsung di TGV, One Utama, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Maryam akui senang melihat reaksi masyarakat selepas berkongsi foto ibunya mengenakan telekung.
“Ketika ini, ibu sedang cuba belajar mengenai Islam. Kami hanya menyokong dan tak pernah memaksa. Bila ramai yang berikan komen positif, saya dapat melihat betapa sayangnya Allah pada kita.
“Melalui saya, Allah nak tunjuk sebenarnya ramai yang sayang sesama manusia lain walaupun berbeza agama. Mereka turut mendokan yang baik-baik dan tidak memaksa.
Ads
“Sebelum saya memakai hijab, memang ramai yang mengecam saya. Bila orang bukan Islam melihat perbuatan tersebut, mereka akan menilai.
“Islam tak pernah salah tapi muslim itu sendiri yang menunjukkan perbuatan yang boleh menimbulkan persepsi buruk buat non-muslim. Saya selalu percaya ada sebab mengapa Allah memilih saya untuk memeluk Islam,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Maryam atau nama sebenarnya Maryam Younare turut mendedahkan ibunya sangat seronok sewaktu bercuti di Malaysia baru-baru ini.
“Ibu datang ke Malaysia selama dua minggu. Selepas pulang, dia telefon bagitahu, selepas ini, dia mahu pindah rumah ke Malaysia. Dia sangat puas hati di sini.
Ads
“Dia tengok orang Malaysia ini sangat tenang dan gembira. Budaya di Korea, mereka lebih selesa meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding keluarga.
“Ibu pun terjua melihat bagaimana rakyat Malaysia sangat menyayangi saya. Dia berpuas hati. Jadi, kalau ibu betul-betul nak berpindah, saya akan menyokong,” akhirinya.
Terhadulu, Maryam merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem pertama arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz itu.
Selain Maryam dan Fizz, filem ini turut membariskan pelakon seperti Achey, Isyarania, Kazar dan Fazlina Ahmad Daud.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Sufian, muzik video lagu Dimatamu kini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book Of Records’ hari ini setelah meraih lebih 50 juta tontonan di YouTube.
Menurut sumber laman sesawang ‘Malaysia Book Of Records’, muzik video lagu Dimatamu itu merupakan sebuah muzik video yang meraih tontonan tertinggi di YouTube bagi kategori muzik video lagu Bahasa Malaysia.
Lantas, penyanyi yang berusia 27 tahun itu berasa terharu dengan sokongan daripada peminatnya yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
“SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.”
“Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.”
“Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . @encikdanny: @firzhafizsabrand .#sufiansuhaimi #dimatamu#malaysiabookofrecords@ariesmusicpro @sirkhandanial@ibnu_rinkarnaen@malaysiabookofrecords”tulisnya.
Pelakon dan penyanyi yang popular menerusi siri filem, High School Musical, Vanessa Hudgens dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pemain besbol profesional, Cole Tucker.
Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup di Azulik City of Arts,Tulum, Mexico pada penghujung minggu lalu.
Memilih lokasi indah tersebut, dalam temubual bersama Vogue Wedding, Vanessa berkongsi, “Saya tahu bahawa ini adalah tempat kami. Saya rasa seperti dibawa ke utopia, tidak seperti apa yang pernah saya lalui sebelum ini. Ia adalah aneh dan ajaib, dan saya seperti baru sahaja jatuh cinta.”
Mengadakan majlis secara tertutup, bintang terkenal ini tidak membenarkan para tetamu membawa telefon bimbit ke majlis perkahwinannya. Menurut Vanessa dia memiliki sebab tersendiri.
“Saya sangat bersyukur kerana kami mengadakan perkahwinan secara tertutup peribadi dan saya menyimpan telefon tetamu. Sungguh mengagumkan kerana semasa makan malam, saya akan melihat sekeliling dan semua orang bercakap antara satu sama lain.
“Pihak keluarga dan rakan kami berkumpul dan mewujudkan hubungan sebenar. Melihat itu dan membawa semua orang bersama-sama dan meraikan kami, ia sangat ajaib. Secara literal bercakap mengenainya sekarang, saya semakin sebak.
“Saya tidak pernah mengimpikan ia menjadi lebih baik. Saya tahu ia akan menjadi ajaib, tetapi ia melebihi jangkaan saya,” ujarnya.
Pada hari perkahwinannya, Vanessa tampil anggun menggayakan dua persalinan untuk majlis nikah dia memilih busana gaun potongan duyung bertali spageti manakala untuk sesi resepsi dia menggayakan gaun potongan kemban penuh renda di bahagian badan.
Kedua-dua busana tersebut merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Vera Wang.
Berbicara soal jodoh, pasangan ini memiliki beza usia sebanyak 6 tahun dan itu bukanlah halangan bagi mereka. Vanessa yang kini berusia 34 tahun manakala Cole pula berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan dan rapat pada penghujung tahun 2020.
Kredit foto: Instagram Vanessa Hudgens, Vogue Weddings
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 November lalu, pelakon Idzham Ismail berkongsi nama anak keduanya itu.
Sambil disusuli dengan ucapan tahniah rakan dan peminat, bintang berusia 32 tahun turut berkongsi figura bayi lelakinya itu buat tatapan umum.
“Muhammad Idrus Bin Mohammed Idzham,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran di Instagram sebelum ini, Idzham menzahirkan rasa syukur kerana isterinya telah pun selamat bersalin selain berterima kasih atas semua doa yang dikirimkan.
Terdahulu, bagi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 7.45 pagi di sebuah hospital swasta di Kajang, Selangor.
Idzham mendirikan rumah tangga dengan isterinya yang juga seorang pramugari pada Ogos 2016 dan dikurniakan anak sulung perempuan bernama Nur Sofea Inara yang kini berusia tiga tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!