Sejak akhir-akhir ini, nama personaliti media sosial, Maryam Younarae sering kali menjadi bualan hangat susulan ramai pihak yang mempertikaikan mengenai caranya menjalani proses berpantang.
Ada diantara mereka dikatakan agak kurang senang melihat Maryam kini sudah bebas menjalani rutin hariannya seperti biasa meskipun baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada Oktober lalu.
Malah, ada juga yang menganggap kebanyakkan pasangan suami isteri muda kini sudah tidak lagi mementingkan mengenai fasa berpantang.
Isu berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan reaksi berhubung isu ini termasuklah penyanyi, Ernie Zakri.
Menurut Ernie, kita sepatutnya harus menghormati pendirian orang lain lebih-lebih lagi buat Maryam yang juga merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan itu.
“Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipaksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri inshallah,” kongsinya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Syamel itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.
Jelasnya lagi, setiap orang bebas untuk mengamalkan cara berpantang mereka sendiri asalkan kesihatan mereka sentiasa terjaga.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Biasalah Kak Ninie, zaman sekarang ramai yang suka jaga tepi kain orang berbanding tepi kain sendiri. So kene redha jela. Asalkan kita tak langgar syarak itu pon dh cukup bagus. Takde dalam al-Quran pon yang mengatakan pantang tu wajib. Ia cuma adat sahaja.
“Moga dipermudahkan urusan bersalin Kak Ninie jugak nanti!
“Kelakar eh. Ibarat kita pi kecam Song Ji Hyo lepas beranak kenapa tak ikot pangang adat melayu? Gitu.
“Susah hiudp kalau ada makcik-makcik bawang yang macam tu,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim telah pun mendirikan rumah tangga mereka Ogos 2019.
Pasangan ini telah pun dikurniaka cahaya mata sulung pada tanggal 21 Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter Ernie Zakri