Sedih dengan nasib menimpa Zuriehan Benyahya yang baru sahaja berpisah dengan suaminya, chef Fikree selepas terbongkarnya skandal rumah tangga, Iesya Toh meluahkan rasa.
Ulasnya, Zuriehan seorang isteri yang taat walaupun sering mengatakan diri tidak cantik.
Malah dia melahirkan kekesalan mengapa golongan wanita sering menganiaya kaum sendiri.
“Die saudara Sya jugak.. Die seorg isteri yg taat mengikut kehendak suami yg pinta die jadi fully housewife..
“Die seorg ibu yg sgt penyayang❤Tapi die seorg wanita yg teraniaya oleh wanita2 lain.. Sehingga die sgt tertekan..
“Die Kata die tak cantik, walhal kite ni sibuk cari lens berwarna, die natural mata hijau😍♥️die tak tau ape2 dunia luar..die terlalu independent.. die laa ibu, die laa bapa pd anak comel ni.. 🥺🥺Klu anda, anda kuat tak?? #SayaSayangDia
Love u @zuriehanbenyahya !!
Stay strong!
#KenapaWanitaSukaAniayaWanita.”
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Foto : Instagram Iesya Toh