Pelakon Abby Abadi yang juga bekas anggota kumpulan Elite berpendapat bukan mudah untuk menyanyi lagu duet secara solo, seperti mana yang dilakukan rakan artis, Nur Fazura, baru-baru ini.

Kongsi Abby menerusi Insta Stories, persembahan itu okay dan bukannya sebuah pertandingan.

“Okay je comel je Faz nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang-seorang.

“Lagi pula guna minus one kosong, kira okay lah ni. Bukan pergi bertanding pun,” luahnya.

Abby pada masa sama juga berpendapat, keberadaan Fazura yang diwawancara program televisyen Indonesia, Sea News Today itu atas tuntutan kerja.

Ads

“Dia Ke Sana Dipanggil Kerja, Tentu Ada Bayaran. Silap-silap Dibayar Dengan USD,” – Abby Abadi

“Dia Ke Sana Dipanggil Kerja, Tentu Ada Bayaran. Silap-silap Dibayar Dengan USD,” – Abby Abadi

Fazura muncul dalam program berkenaan bagi mempromosikan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta yang merupakan naskhah duet bersama Fattah Amin sebelum mereka berpisah.

Ads

Pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan itu juga memberi respons kepada netizen yang mengkritik.

“Banyaknya yang mencaci, maki Faz. Dia ke sana dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD.

Ads

“Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka tu semua serba tak kena. Istighfar banyak-banyak okay,” kongsinya lagi.

Terdahulu, lagu tersebut sebelum ini pernah menjadi bualan hangat apabila ia dilancarkan selepas pasangan itu bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fazura dan Fattah pernah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI