Setelah hampir enam bulan menyepi dan hilang daripada radar media sosial, pempengaruh yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal, Neelofa, Ameera Khan akhirnya kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran pertamanya, Ameera berkongsi momen-momen sewaktu dia menyambut hari lahirnya yang ke-22 di Dubai baru-baru ini.
Malah, dia turut memuat naik video swafoto buat tatapan para pengikutnya.
Dalam hantaran berasingan pula, Ameera akui teruja apabila berkesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
Katanya, ia merupakan hadiah terbaik sempena hari lahirnya.
Hasil tinjauan MH di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terut menzahirkan rasa teruja dan berharap agar Ameera sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Welcome back,” katanya pengacara, Yaya Zahir.
“Love you my sister,” respon kakaknya yang juga merupakan usahawan, Noor Nabila.
“I love you,” komen pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha.
“You’re back. Long time no see. Happy birthday Ameera,” balas seorang netizen.
“Omg she’s back. We miss you,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, tindakan Ameera memadam akaun Instagram miliknya nyata telah mengundang tanda tanya ramai pihak.
Malah, sebelum ini juga, Neelofa ada memaklumkan Ameere memutuskan untuk berehat seketika dan mencari haluan diri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takut Orang Anggap Kami ‘Gebang’,” – Projek Bina Masjid Tertangguh Ada Sebab, Aeril & Wawa Perjelas Isu Yang Timbul
Usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel Aeril mengulas mengenai perkembangan pembinaan masjid yang diimpilan bersama isteri Wawa Zainal yang masih belum berjalan.
Pernah menyuarakan hasrat untuk membina sebuah masjid di tanah kelahirannya di Rengit, Johor selelum ini, Aeril bagaimanapun reda dengan prosedur pembinaan yang mengambil masa lama.
“Saya nak jawab pasal bina masjid ini pun segan sebab perancangannya terlalu lama. Kami takut orang anggap kami hanya ‘gebang’, tapi bukan kuasa kami sebenarnya. Semuanya harus mengikut prosedur.
“Kami dah lama nak bina masjid. Tapi prosedur nak bina masjid di Johor saya difahamkan berbeza dan agak rumit. Kami memang sudah sedia dengan kos kewangan untuk pembinaan masjid itu.
“Sebenarnya, kami boleh sahaja nak teruskan tanpa ikut prosedur tetapi ia tidak akan mendapat ‘gelaran’ masjid. Mungkin ia akan menjadi surau,” katanya yang turut diakui Wawa.
Pasangan pelakon ini mula berhasrat untuk membina masjid sejak Julai 2020, selain dana pembinaannya yang bernilai jutaan ringgit adalah hasil keuntungan koleksi Muslim Bukhari yang dikeluarkan oleh Wawa Cosmetics.
Aeril pada masa sama rasa kesal apabila pertemuan mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah dipolitikkan sesetengah pihak, baru-baru ini.
“Saya berjumpa dengan beliau kerana dia merupakan wakil untuk kawasan terbabit. Tak kisahlah parti mana yang menang pun di kawasan sana, kita kena berjumpa juga sebagai rasa hormat.
“Bila ia dipolitikkan, saya rasa tak perlu sebab kami bukan meminta bantuan duit mana-mana parti. Lainlah kalau kami jumpa mana-mana wakil rakyat dan meminta dana atau sumbangan, itu lain pula ceritanya.
“Proses pembinaan masjid semuanya belum bermula. Saya berharap selepas saya berjumpa dengan wakil rakyat itu, proses perjalanan membina masjid dipermudahkan.
“Saya kesal ia dipolitikkan tapi saya tak nak terlalu memikirkannya. Kalau kita terlalu ambil serius pun, ia tak akan habis. Apa yang saya boleh buat adalah jalan terus sahaja. Sekarang menanti proses kelulusan, jika ia dipermudahkan, Insya-Allah projek itu akan terus berjalan,” kata Aeril.
Terdahulu, Aeril dan Wawa ditemui pada Majlis Pelancaran Wawa X Rozyana; Asmaradana – Lagenda Kembali di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nah…7 Babak Menarik Ustaz Hamadi. Memang Buat Ramai ‘Naik Darah’, Ini Sebabnya!
Mesti ramai yang tidak menyangka Azhan Rani masih bujang kan?
Berusia 43 tahun, lelaki yang berasal dari Tanjung Karang Selangor ini menumpukan sepenuh perhatian untuk menjaga ibu selepas kematian bapa.
Sebab itulah, soal jodoh ditolak ketepi kerana ada komitmen lebih penting untuk difokuskan.
Bagaimanapun, dalam sisi lakonan tidak dinafikan bintang yang satu ini memang tidak boleh dinafikan kredibilitinya.
Drama Nur misalnya, telah menjulang tinggi namanya menerusi watak Ustaz Hamadi.
Jadi, jom kita lihat keletah popular Ustaz Hamadi yang buatkan penonton ‘naik darah’!
1. Ziana Zain turut beri pujian
Memuat naik sedutan menyanyikan lagu Kekal oleh Ziana Zain dan apa yang lucunya, Ziana turut meninggalkan komen memuji suaranya, “Sedaaaapppp suara ustaaaddddd.”
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
2. Dicekik sehingga terkentut
Salah satu dialog yang paling win apabila Ustaz Hamadi mengatakan dia sedang solat Tahajud sehinggalah insiden dia dicekik oleh Ustaz Adam lalu menyebabkannya terkentut.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
3. Oh sayangku, hari ini aku syantik.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
4. Memulakan tanda pagar jomkecamayahaji
Aduhai Ustaz Hamadi, tidak pasal-pasal ayah haji turut diheret jadi mangsa. Katanya, Ayah Ajilah yang menjadi punca permasalahan keluarga. Betul kah?
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
5. Robin Hood katanya…
Ustaz Hamadi menjelaskan segala perbuatannya bersebab dan dia merupakan ‘Robin Hood’ yang mencuri untuk membantu golongan yang susah.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
6. Semalam Bobo di mana?
Berjalan sambil tidur. Aduhai, ada sahaja dugaan Allah beri kepada Ustaz ya?
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
7. Lepas kena marah pun masih berselera malan. Siap minta dua biji telur lagi!
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Foto – Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Diberikan Kesempatan Dalam Keadaan Covid-19 & Banjir,” – Pertama Kali Jejak Kaki Ke Mekah, Aprena Manrose & Suami Syukur Jadi Insan Terpilih
Pelakon jelita, Aprena Manrose menzahirkan rasa syukur yang tidak tertingga selepas dia dan suami diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Mekah buat pertama kalinya.
Jelas Aprena, dia dan suami sudah pun berada di Madinah sejak empat hari yang lalu dan mereka dijangka akan berangkat ke Mekah, hari ini.
Katanya lagi, meskipun negara ketika ini sedang dilanda musibah yang agak besar, namun dia berharap agar mereka yang terkesan dapat terus bersabar kerana dia percaya Allah pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
“Assalamualaikum my dearest followers. Saya sudah berada di Madinah selama empat hari dan akan ke Makkah esok, InsyaAllah.
“Doakan saya, suami dan keluarga saya dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Ini adalah kali pertama saya ke sini setelah lama menanti.
“Alhamdulillah syukur ya Allah kerana diberi kesempatan ini dalam keadaan covid dan banjir. Percayalah pasti akan ada ganjaran yang hebat dari Allah pada orang yang bersabar dan terus solat,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Hatimu Sedingin Salju itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Aprena turut membuat permohonan maaf seandainya dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Malah, dia juga membuka ruangan komennya buat para peminat untuk menitipkan doa untuk dibacakan ketika di hadapan Kaabah nanti.
“Minta ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut jika saya ada mengguriskan hati sesiapa sahaja yang mengenali saya.
“Sila bagi doa kalian dibawah, InsyaAllah mana yang sempat saya doakan ya. InsyaAllah,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala Aprena dan suami sewaktu di Tanah Suci akan sentiasa dipermudahkan
“Semoga dipermudahkan baby. Take care. Stay safe. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” komen Ayu Raudhah.
“MashaAllah, bestnya dapat pergi. Semoga mendapat umrah yang mabrur,” balas Fatin Afeefa.
“Somoga Allah permudahkan urusan umrah serta semua ibadah di sana. Doakan Pak Su ye,” kata Shamsul Ghau Ghau.
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan urusan di sana. Doakan Malaysia dan rakyatnya selamat daripada segala bala bencana,” kata seorang netizen.
Sekadar informasi, Aprena dan suaminya, Mohd Afiq Hamzah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 12 November 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aprena Manrose
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI