Pelakon dan usahawan Natasha Hudson selamat diijab kabulkan dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin, Ahad lalu di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi.
Majlis yang dihadiri kira-kira 10 orang keluarga terdekat itu dilangsungkan secara sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran dan pasangan raja sehari kemudiannya diraikan dalam majlis santai di kediaman ibu Jay di Bangi, Selangor.
Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson itu juga mendedahkan dia tidak meminta wang hantaran.
“Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama. Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.
“Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam. Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut mengenai hubungan mereka berdua, Natasha akui dia dan suami berkongsi minat yang sama dalam aktiviti bersukan dan lasak.
“Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.
Ads
“Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.
“Insya-Allah selepas ini, sekitar minggu depan … kami akan pulang ke sana. Saya juga akan terusmenetap di sana. Cumaanak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota,” katanya yang belum merancang soal bulan madu.
Sementara itu, Natasha juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Sungai Petani selepas Syawal nanti.
Ads
Mengenai cahaya mata, Natasha dan suami hanya berserah. Natasha sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: Ihsan Natasha Hudson (gambar nikah)
https://youtu.be/v6EO1hetoCo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama pengacara dan usahawan, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian apabila fotonya yang dirakam bersama perunding perkahwinan dan pereka pelamin, Rekateemor menjadi bualan peminat.
Meski ia telah dikongsi sendiri Reekateemor melalui media sosial Instagram lebih seminggu lalu, namun perkara tersebut menimbulkan tanda tanya peminat yang ada mulai berteka-teki, adakah pertemuannya bersama bekas hos MeleTOP itu adalah bagi membincangkan perancangan majlis resepsi pula?
Terdahulu, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang turut sinonim disapa sebagai PU Rizdisatukan sebagai suami isteri pada 27 Mac 2021 lalu di sebuah hotel di ibu negara.
Baru-baru ini, pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim telah berkongsi gambar ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama kedua-dua isterinya di kampung tercinta.
Dalam pada itu, peminat turut memuji keluarga bintang pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu yang kelihatan sangat bahagia dan harmoni bersama.
Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf
Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.