Drama, drama dan drama! Itulah yang berlaku di Hollywood ketika ini. Drama yang melibatkan isteri Kurt Cobain dan penyanyi kelahiran Disney, Olivia Rodrigo ini bermula apabila penyanyi muda itu memuatnaik  satu gambar untuk rangka promosi filem konsert atas talian album sulungnya, Sour yang kini sudah mendaki tangga carta.

Menerapkan konsep prom, dalam hantarannya di Instagram empat hari lalu, Olivia memuatnaik gambar promosi yang mana dirinya yang sedang menggayakan gaun rona merah jambu siap dengan tiara dan memegang bunga. Penampilannya tampil lebih dramatik apabila solekannyanya pula dibuat agar maskara kelihatan comot seperti baru lepas menangis.

Namun begitu konsep dan penggayaan yang diterapkan ini tidak disenangi Courtney Love yang merupakan vokalis kumpulan rock alternatif, Hole. Dia menyifatkan yang gambar tersebut meniru konsep kulit album Live Through This yang diterbitkan kumpulan itu pada tahun 1994.

“Dia Kurang Ajar,” – Tuduh Olivia Rodrigo Tiru Konsep Kulit Album, Courtney Love Minta Penyanyi Disney Itu Hantar Bunga Ke Rumahnya
Sumber gambar: loudwire.com

Pada kulit album tersebut, kumpulan ini menampilkan model fesyen, Leilani Bishop yang mengenakan tiara sambil memegang bunga dengan keadaan maskara yang comot. Foto yang dirakam oleh Ellen von Unwerth ini disifatkan Courtney sebagai idea asal dan tidak mengambil apa-apa inspirasi atau rujukan dari gambar lain.

“Dia Kurang Ajar,” – Tuduh Olivia Rodrigo Tiru Konsep Kulit Album, Courtney Love Minta Penyanyi Disney Itu Hantar Bunga Ke Rumahnya
Wajah terkini Courtney Love. Sumber gambar: Instagram Courtney Love

Isteri kepada mendiang Kurt Cobain ini cuba menyindir Olivia di Instagramnya dengan memuatnaik gambar Olivia dengan hantaran, Spot the difference #twinning! @oliviarodrigo. Penyanyi muda berusia 18 tahun itu kemudian membalas, love you live through this so much. Tanpa disangka Courtney kemudiannya membalas kembali hantaran tersebut dengan meminta bintang Disney tersebut menghantar sejambang bunga dari kedai bunga kegemarannya bersama sepucuk nota.

Ads
“Dia Kurang Ajar,” – Tuduh Olivia Rodrigo Tiru Konsep Kulit Album, Courtney Love Minta Penyanyi Disney Itu Hantar Bunga Ke Rumahnya
Sumber: tangkap layar FB Courtney Love

Tidak cukup hanya di Instagram, Courtney membawa isu ini ke facebook pula. Di situ dapat dilihat yang dia tidak berpuas hati terhadap konsep gambar penyanyi muda yang dikatakan meniru kulit album kumpulannya.

Dalam satu balasan kepada komen yang diberikan kepadanya, dia berkata, “Dia kurang ajar, dan Geffen tidak bertanya pada diri saya atau Ellen von. Ini berlaku sepanjang karier saya jadi saya tidak peduli. Adab tetap adab.” Geffen yang dimaksudkan merujuk kepada syarikat rakaman Geffen Records yang mana Olivia adalah salah seorang artis naungan syarikat tersebut.

Menariknya, ada yang tidak bersetuju dengan Courtney kerana menyifatkan sudah banyak konsep seperti itu digunakan. Antaranya penggayaan karakter gadis bernama Carrrie  dari filem seram popular, Carrie. Jadi apa pula pandangan anda? Sama ke? Ataupun sebenarnya gaya prom seperti ini sudah wujud sekian lama.

 

Ads

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI