Usahawan yang juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sepotong videp pendek yang merakamkan aksi kandidnya bersama bapa tersayang.

Dirakam sewaktu pembukaan rasmi kedai runcitnya, Elewsmart baru-baru ini, Ebit memberitahu ibu bapa merupakan sumber kekuatannya.

“Tadi berbual dengan ayah saya. Bisiknya jika mak ada mesti dia gembira sangatkan anakku. Dia menangis rindukan mak saya.

“Saya kata padanya. Itulah kekuatan ebit, doa bapak dan mak dulu lagi. Sebenarnya, semua yang kita peroleh hari ini mak lebih dapat kerana ebit niat setiap kebaikan ebit hadiahkan buat mak,” tulisnya.

Ads

Ebit pada masa sama turut membayangkan kerinduan bapa buat isteri yang telah pergi selamanya. 

“Itulah ayah saya kisah cintanya pada mak saya. Kasih sayangnya. Dialah ayah yang tak bercakap banyak sangat tapi kasih sayangnya pada anak.

“Kata-katanya sumber kekuatan dalam hidup saya. Ya Allah jagakanlah mak di sana. Berilah ayah saya sentiasa sihat dan bahagia. Gunakanlah kami semua jadi matahari kebaikan,” doa Ebit.

Ads

Terdahulu menerusi beberapa posting sebelumnya, Ebit ada berkongsi video sekitar pembukaan rasmi dua cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi dan Kajang hujung minggu lalu.

Ads

Foto: Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI