HomeBerita“Dia Mengucap Syahadah Melalui Telefon,” – PU Azman Cerita Suasana Hening Bila...
“Dia Mengucap Syahadah Melalui Telefon,” – PU Azman Cerita Suasana Hening Bila Dapat Tahu Wanita Meninggal Bersama Anak Dalam Perut Selepas 4 Tahun Peluk Islam
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi khabar duka apabila memaklumkan wanita yang pernah dibantunya satu ketika dahulu untuk memeluk agama Islam telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sabah pada Ahad.
Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, selama empat tahun selepas mengucapkan syahadah, dia antara individu yang memberikan tunjuk ajar kepada wanita tersebut mengenai ilmu agama.
“4 tahun lalu, ada seorang gadis Sabah text Cik Man menyatakan mahu masuk Islam. Disebabkan kejauhan, dia mengucapkan syahadah melalui panggilan telefon dengan cikman.
“Tini namanya. Namanya selepas syahadah ialah Nur Zulaikha. Dari jauh, cik man ikuti perkembangannya dan bantu tentang Islam. Dan alhamdulillah, dia akhirnya bernikah.
“Semalam, Tini text cik man. Tapi rupanya bukan Tini. Rupanya suami dia beritahu bahawa Tini dah tak ader lagi. Tini sudah meninggal dunia,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh Cik Man menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Tambah memilukan apabila wanita tersebut dilaporkan meninggal dunia bersama kandungannya yang telah pun berusia lima bulan.
Katanya lagi, khabar duka itu sememangnya sukar untuk diterima lebih-lebih lagi buat suami kepada wanita tersebut.
“Sedih, terkejut dan tak boleh nak cakap apa. Tini pergi ketika berusia 24 tahun bersama kandungan pertamanya lima bulan.
“Ketika suaminya menangis saat meluahkan, aku pun tak dapat menyeka air mata. Mengenangkan persahabatan jarak jauh ini.
Ads
“Aku menyaksikan, Tini seorang wanita dan isteri yang solehah. Tini, semoga kau tenang di sana dan semoga Allah memberi ganjaran ketabahan kepada suamimu @_qibil.
“Dalam hidup ini, kadang terjadi perkenalan yang tak pernah bertemu hingga hujung waktu,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga wanita berkenaan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
“Allahuakbar, Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga dipertemukan semula di syurga yang kekal bersama yang tersayang. Amin.
“Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Semoga tenang bersama penciptanya.
“Sedih pula baca kisahnya. Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Takziah buat keluarga. Semoga suaminya terus kuat dan tabah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur masih berada dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sarimah Suleiman, petik Harian Metro.
Sarimah bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pencinta seni hiburan tempatan pastinya mengenali figura seksi, Aleeza Kasim sangat sinonim dengan penampilannya yang trendy dan sentiasa up to date, sesuai dengan penglibatannya dalam dunia modeling.
Meski sudah mencecah usia 48 tahun, namun anak kelahiran Kuala Lumpur seperti tidak dimakan usia, malah tampak kekal aktif dengan kehidupannya sehari-hari.
Yang paling penting, sebelum bermulanya era Scha Alyahya dan Neelofa, namanya memang disebut-sebut sejurus menjuarai program realiti Dewi Remaja 1987/88.
Selain Aleeza, beberapa nama sinomim lain yang turut mencuba nasib dalam pencarian tersebut pada edisi sama ialah Azah Aziz dan Sharifah Shawati.
Jadi, jom lihat gambar-gambar terkini Aleeza itu yang kekal cantik, slim dan hot!
Terkini, pencarian Dewi Remaja 2019/19 kini bermula. Seramai 12 para gadis kini mengejar cita-cita merebut gelaran Dewi Remaja terbaru. Saksikan program realiti berkenaan setiap hari Ahad pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104.
Foto : Instagram Aleeza Kasim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika ramai yang menantikan kemunculan daripada peserta Famili Duo, Shila Amzah dan Syahir Amzah namun, persembahan mereka dicemari dengan masalah teknikal
Ia susulan selepas mikrofon Shila dilihat tidak berfungsi dari awal sehingga pertengahan lagu ketika mereka membawakan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.
Malah, Shila juga terpaksa menukar mikrofon secara langsung ketika di atas pentas.
Bagaimanapun, masalah tersebut sedikit berjaya ditutupi oleh Syahir yang dilihat langsung tidak panik dan meneruskan sahaja nyanyian seperti yang dirancangkan.
Perkara tersebut turut diakui juri Mas Idayu.
Pada masa sama, Mas Idayu turut mengigatkan para team produksi supaya lebih berjaga-jaga agar masalah seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Walaupun ada masalah teknikal, muka Syahir tak menunjukkan ada masalah berlaku. Begitulah kalau berada di atas pentas. Walau apa berlaku, begitu sepatutnya.
“Saya harap selepas ini tidak berlaku lagi masalah teknikal kerana kami juri perlu mendengar nyanyian peserta,” katanya.
Juri, Ajai juga turut memuji sikap Syahir dan berkata, perkara sebegini tidak dapat dijangka sesiapa walaupun di pentas konsert berskala besar.
“Berdasarkan sikap profesional kamu. Masalah teknikal ini bukan sesuatu yang kita nak ia berlaku. Bahkan di konsert besar sekalipun. Bila awak dah bersetuju, tak ada kata mengalah dan teruskan perjuangan,” katanya.
Untuk persembahan tersebut, Ajai telah memberikan markah sebanyak 8 manakala Mas Idayu pula 5.
Dalam pada itu, pengacara, Janna Nick turut memohon maaf diatas masalah teknikal tersebut.
Janna turut mendedahkan masalah tersebut turut berlaku kepada mikrofonnya dan Izzue Islam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!