Ketua juri tetap program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ramli MS menyifatkan persembahan Roy Kapilla malam tadi disifatkan sebagai kurang seiringan dengan muzik yang dialunkan.
Malam tadi, Roy yang juga vokalis kumpulan Kapilla itu diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir selepas mendapat markah terendah iaitu 53.20 peratus dari penilaian para juri.
“Dia menyanyi dalam situasi ‘salah rumah’. Dia menyanyi di dalam jiwanya sendiri, sedangkan muzik itu ke arah dia. Ia tidak ‘gel’, sebab ini pertandingan.
“Tapi saya tidak salahkan Roy sebab dia sudah lama menyanyi begitu. Dia pun sudah lama menyanyi dan saya percaya dia pun pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini.
“Jadi jika sudah pernah nyanyi lagu itu dan saya tidak banyak tukar muzik… ‘informasi’ itu mungkin dia tidak tahu.
“Tidak salah, cuma kami sebagai juri kami merasakan muzik dan dirinya saling tidak menyokong. Jadi dia ibarat menyanyi sendiri begitu,” katanya kepada MH.
Ramli yang juga maestro muzik bagaimanapun akui keputusan yang dibuat sukar memandangkan persiangan sengit yang ditampilkan kesemua peserta minggu ini.
“Bagi saya Roy tidak struggle menyanyi. Sebelum ini para peserta sudah maklum dengan ‘key’ dan sebagainya.
“Peserta GV9 semua sudah selesa menyanyi dengan cara keselesaan masing-masing.
“Bagaimanapun saya tidak menafikan, minggu ini para peserta buat yang terbaik, dan kami perlu lakukan satu keputusan yang sukar,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS ; “Hubungan Sangat Baik, Sudah Boleh Bergurau.”
Sementara itu, GV9 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menyaksikan Tomok memberikan kejutan apabila mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 80.00 peratus.
Tomok menyampaikan lagu berjudul Janji Padamu yang dipopularkan oleh kumpulan Exist.
Kedudukan kedua disandang Hazrul Nizam dengan 79.80 peratus sementara Shila Amzah yang menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa berada di tempat ketiga iaitu dengan 78.90 peratus.
Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Fuad Rahman berdasarkan undian peminat menerusi Facebook Astro Gempak dan membawa pulang wang tunai RM1,00.
Manakala Jaclyn Victor pula memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak sekaligus membawa pulang penapis udara bernilai RM3,350.
Kesemua 13 peserta GV9 diadili juri tetapnya, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.