Pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin akui terkesan dengan pemergian pelakon dan penyanyi popular, Allahyarhamah Adibah Noor yang meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari tahap empat pada 18 Jun lalu.

Menurut Hasliza, drama siri arahannya yang berjudul Hantu Raya Pergi Perang merupakan naskah terkahir yang dilakonkan oleh arwah.

Katanya lagi, sepanjang tempoh pengambaran tersebut, dia dan seluruh tenaga kerja produksi langsung tidak tahu mengenai penyakit yang dideritai oleh Adibah itu.

“Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah Noor “Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah Noor

“Kami memang sedih diatas pemergian beliau. Pada hari pertama Adibah datang ke set, dia sangat teruja. Dia tanya kenapa naskah ini tak dijadikan filem? Dia suka sangat dengan watak yang kami beri.

“Dia datang ke set dan dah hafal skrip tapi dia hanya sempat datang dua hari je. Sepatutnya ada enam hari. Kita shoot masa tu dekat tengah padang.

“Saya sangat sedih sebab ketika itu kita tak tahu yang dia sedang sakit. Kami hanya ingat sakit biasa. Tak sangka penyakit dia tu sangat kronik.

Ads

Hasliza berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis ulang tahun pertama aplikasi penstriman hiburan tempatan, Sooka yang berlangsung di Rex KL, Kuala Lumpur pada Khamis.

“Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah Noor “Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah Noor

Tambahnya lagi, Adibah hanya memberitahu mengenai keadaan kesihatannya itu lebih kurang sebulan yang lalu sewaktu mereka ingin mengadakan proses voiceover bagi drama berkenaan

“Sebulan lepas kami ada berjumpa semula dengan Adibah untuk buat voiceover di rumahnya. Macam-macam perkara kami buat ketika itu. Pada ketika itu, barulah dia bagitahu semasa shoot di tengah padang haritu, dia rasa sangat sakit dan dah tak tahan.

Ads

“Dia pergi ke hospital keesokkan harinya itu, doktor maklumkan dia ada kanser. Masa itulah kami tahu pasal penyakit kansernya.

Dalam pada itu, Hazliza turut menyifatkan Adibah merupakan seorang anak seni yang sangat komited meskipin ketika keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan

“Adibah tidak mahu namanya digugurkan. Masa sakit tu, dia kata nak datang juga tapi kita cakap tak payah la. Dia telefon dan mengatakan dia risau mengenai wataknya. Dia nak juga datang walau selepas jalani pembedahan.

“Ketika kami berjumpa, badannya sangat susut. Sepanjang kita shooting bersama dia nampak sangat sihat. Tak nampak sakit pun. Ini adalah pegembaran terakhirnya sebelum dia pergi.

Ads

“Adibah bagaikan sebutir permata. Ini merupakan kali ketiga dia shoot bersama kami dan setiap kali itu jugalah dia akan belanja semua kru. Dia akan bawakkan makanan. Cuma shooting terakhir ni je dia tak buat sebegitu

“Dia memang tak banyak merungut. Walau tempat shooting jauh sekalipun, dia akan tetap datang drive sorang-sorang,” akhirinya.

Selain Adibah, drama Hantu Raya Pergi Perang ini turut dibarisi ramai pelakon ternama tanah air seperti Hun Haqeem, Syarifah Sakinah, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

“Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah Noor

“Dia Nak Datang Juga Walau Lepas Pembedahan,” – Tak Mahu Nama Digugurkan, Pengarah Kongsi Drama Terakhir Adibah NoorDrama siri original ini boleh ditonton menerusi aplikasi Sooka. Pelan langganan sooka terdiri daripada VIP Entertainment, VIP+Sports dan VIP TV, masing-masing pada harga RM15.90, RM41.90 dan RM84.90 sebulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI