Instafamous Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi paparan komen yang didakwa telah ditulis bekas kekasih suaminya, Apit Johari.
Menerusi komen tersebut, wanita terbabit mendakwa Apit hanya berkahwin dengannya semata-mata kerana duit.
Jelas Beby Tora Tora, sejak mengikat tali pertunangan, dia sering menerima mesej daripada bekas kekasih suami yang mendoakan agar hubungan mereka putus di tengah jalan.
Tegasnya, Apit merupakan suami yang baik, malah setiap hasil perniagaan suami disimpan sendiri olehnya.
IKLAN
“wktu kami tunang dulu ,ada prmpuan merangkap ex suami mendoakan supaya kami ni tak jdi nak kahwin ..dia siap bgtau prngai suami ni mcmna dlu ..pastu skrang tirah dh kahwin dh bahagia dh pun …masih ada ex yang mendoakan yang tidak baik ye.
“Tirah dngn ex tirah baik ja .takda pun mendoakan dia putus tunang bagai sbb tirah rasa masing2 dh ada life sndiri kan ..haih lainkan kau sbagai ex masih sendu, takpa la .nak ckap psai suami tirah buruk ka apa ka ,tak prlu mengaibkan orang lain pun.
“Dia tetap suami tetap syurga tirah skrang and dia suami yg baik …yang lain tirah tak heran ..klau nak duit ,dh lama suami tirah duk rumah goyang kaki takpayah kerja.
IKLAN
“Duit dia niaga pun dia simpan kat tirah tau hahahaha !!!!!!!jdi prempuan biar la prngai yang helok ye ..prmpuan ni special tau ..haiyooo.
“Mu ada brapa ex eh ? @apit_johari hahahaha smua pesyen dengki ngan mu ka,” jelasnya.
Ketika kebanyakan orang lain memilih untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman, berbeza pula bagi usahawan, Datuk Seri Vida apabila dia memanfaatkan kebenaran merentas negeri bagi menziarah pusara anaknya Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.
Menurut Vida, sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki di pusara anaknya yang terletak di Ipoh itu.
Katanya lagi, dia berharap agar anak-anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan ditempatkan di syurga yang tertinggi.
“Disaat orang lain boleh merentas negeri untuk ke mana-mana sahaja, saya punyai perjuangan yang lain. Apa yang saya nak buat bila dapat kebenaran merentas adalah daripada rumah saya ingat melawat kubur anak-anak saya yang dah lama saya tak pergi.
“Bila PKP dilaksanakan, kubur pun saya tak pergi tapi Al-Fatihah itu InsyaAllah saya ada hadiahkan untuk arwah putera saya yang berada di syurga tertinggi sebab itu yang mereka inginkan.
“Pada ketika itu syurga tertinggi itu sering kali jadi mainan di bibir mereka. Alhamdulillah, saya kuat ini kerana saya tahu ada ganjaran besar yang Allah nak bagi. Segala ujian saya hadap dengan sabar,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menambah, meskipun sudah hampir lapan tahun pemergian anak-anaknya itu, namum kejadian tersebut disifatkan masih segar di dalam ingatannya.
“Masih segar dalam ingatan, masih terngiang dan terbayang tentang apa yang berlaku. Seandainya mereka masih ada, sekarang dah besar dan dewasa lingkungan 20-an
“Lapan tahun dah berlalu. Anak-anak syurga saya ni sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Vida turur berharap agar mereka dapat dipertemukan semula di akhirat kelak.
“Tunggu mama dan doakan mama. Al-Fatihah buat anak sulung saya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan anak kedua saya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasan sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Vida.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bertabahlah Datuk Seri Vida.
“Sedihnya tengok, semoga mereka dapat pimpin ibunya ke syurga juga nanti amin. Al-Fatihah buat anak-anak syurga Datuk.
“Sayu, sebak dan terus menitis air mata. Semoga anak syurga datuk berbahagia di sana. Al-Fatihah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, allahyarham Eddie dan Edrie merupakan mangsa korban dalam satu insiden kebakaran rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana anak-anaknya itu ditemui di dalam bilik air.
Ketika tragedi tersebut, seorang pekerjanya turut dilaporkan telah terkorban.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan rapat penyanyi Adira Suhaimi dengan madunya, Datin Syarifah Norshafila Hassim mendapat pujian ramai.
Rata-rata netizen menyenangi hubungan baik yang terjalin di antara kedua-duanya seperti yang dipaparkan di media sosial masing-masing.
Berkongsikan hal tersebut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, berkata hubungan baik mereka berdua terjalin selepas menziarahi madunya yang kehilangan ibu tercinta pada 27 Mei tahun lalu.
Sebaik mendengar perkhabaran tersebut, Adira tanpa berfikir panjang terus menuju ke rumah ibu bapa madunya yang terletak di Kuala Selangor bagi memziarah.
“Sebaik mendengar berita sedih itu saya terus hubungi kakak (madu) bagi menyampaikan salam takziah dan meminta kebenarannya untuk datang menziarah.
“Saya ke rumah keluarga kakak di Kuala Selangor dengan ditemani anak sulung, Anggrek selepas memaklumkan suami yang sudah berada di sana.
“Dari situ hubungan kami mula erat sehingga sekarang. Sebelum itu kami bukan gaduh, cuma tak rapat seperti hari ini.
“Mungkin orang sangka dulu kami tak boleh bertembung, tetapi hakikatnya kami hanya menjalani kehidupan masing-masing. Itu saja. Jarak kediaman kami pun tak jauh, dalam 30 minit dah sampai,” katanya kepada MH pada majlis berbuka puasa dengan penghuni Rumah Bakti Nurshaheera Cheras di Kay’s Steak & Lobster Ampang, baru-baru ini.
Adira bagaimanapun mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi gambarnya bersama madu dalam media sosial.
Isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red itu berkata tindakan itu diambil bagi mengelakkan perasaan iri hati segelintir pihak luar yang sudah mula kepanasan melihat dia dan madu berhubungan baik.
“Bukan tak seronok kongsi setiap momen berharga kami, cuma kena beringat tak semua orang suka kerana ada juga individu tidak dikenali mesej saya dengan kata-kata negatif.
“Harapan saya semoga kita sekeluarga dijauhkan daripada hasad dengki. Mujur kakak pun faham. Sekarang kalau keluar berdua saya jarang masukkan dalam media sosial,” katanya lagi.
Untuk info, Adira bernikah dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan kini dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayub, tujuh bulan.
Sementara itu, mengenai majlis berbuka puasa dihadiri Adira baru-baru ini, dia berasa bertuah dapat menyantuni 26 anak yatim menikmati juadah istimewa yang disifatkan hidangan ‘kayangan’ iaitu lobster thermidor dan wagyu tomahawk yang menjadi ‘signature dish’ restoran tersebut.
Katanya, dia berbesar hati dapat meluangkan masa dan berpeluang memberi layanan VIP kepada penghuni rumah kebajikan tersebut yang rata-rata hampir sebaya dengan anak-anaknya.
“Apabila Pengarah Urusan Kay’s Steak & Lobster, Aizuddin Khalid mengundang saya meraikan anak-anak ini, saya tidak berfikir panjang menyambut pelawaan kerana mahu menggembirakan mereka,” katanya.
Pemilik restoran Kay’s Lobster & Steak, Aizuddin Khalid berkata impiannya untuk meraikan anak yatim akhirnya tercapai selepas beberapa tahun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19.
“Sebenarnya sudah lama kami ingin anjurkan majlis bersama anak yatim namun dengan kekangan Covid-19 dan sebagainya, baru tahun ini diizinkan Allah untuk melaksanakannya.
“Memandangkan ini event pertama kali buat kami, semestinya kami sangat teruja.
“Apabila menjemput tetamu khususnya anak yatim, sudah semestinya kami mahu memberikan yang terbaik. Saya minta pihak restoran sediakan lebih awal bahan untuk hidangan istimewa iaitu lobster thermidor dan tomahawk, dan pastikan kedua-duanya ada stok,” kata Aizuddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Syatilla Melvin ada berkongsi berita gembira bersama pengikutnya di akaun Instagram.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu memaklumkan dirinya ada memberi bantuan zakat kepada yang memerlukan di saat getir wabak Covid-19.
Pelakon itu turut meminta kepada mereka yang berkenaan agar menghubunginya.
“Disebabkan itu, saya SYATILLA MELVIN ingin memberi zakat bahagian saya kepada sesiapa yg SANGAT MEMERLUKAN DALAM SAAT GETIR SEKARANG.
“saya terlalu faham! Mohon dm tilla utk tilla salurkan sumbangan. Harap dapat membantu selagi mampu, tilla akan tolong insyaallah,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji niat murni baik Syatilla meski pernah dikritik netizen, baru-baru ini.
Sekadar informasi, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, 2 tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.
Gambar: Instagram Syatilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling tidak menafikan wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine ialah kenalannya.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna...