Pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya.
Video tersebut memaparkan Achey sedang menunggang motosikal RXZ miliknya pada kelajuan 160km sejam sambil merakam video.
“Bismillah… #gengasap,” tulisnya.
Menerusi entri sebelumnya, Achey memberitahu, dia menunggang motosikalnya itu secara solo daripada Kuala Lumpur ke Segamat, Johor.
View this post on InstagramSolo ride… Segamat- kL #gengasap #rxz
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Lantas, video tersebut nyata mengundang kerisauan dihati peminat termasuklah rakan artis, Tomok.
“Fokus kat jalan. Jangan main phone,” tulis Tomok.
Rata-rata netizen meminta Achey supaya lebih fokus di atas jalan raya dan jangan bermain telefon.
Terdahulu, hobi menunggang moto berkuasa rendah kini menjadi trend di kalangan para selebriti seperti Zizan Razak, Shuib Sepahtu, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ketika ini, masing-masing sedang berlumba-lumba untuk memodifikasi motosikal mereka untuk nampak lebih cantik dan yang paling penting adalah tahap kelajuannya.
Sumber: Instagram Achey Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Baju Kalis Peluru Yang Dipakainya Tidak Mampu Menahan Tembakan Dan…,” – Anak Mati Tertembak AR Badul Terima Ujian Allah
Pelawak dan pelakon veteran, AR Badul memaklumkan dirinya reda dan menerima ujian dariNya selepas anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya dilapor meninggal dunia selepas tertembak ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
“Saya reda dan terima ujian Allah ini,” katanya.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 70 tahun itu memberitahu dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu sekitar jam 11 pagi, hari ini.
“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi.
“Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,” jelas Badul mengenai insiden yang berlaku terhadap arwah anaknya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun.
Badul pada masa sama menambah, dia sedia memahami tugas anggota komando yang berdepan risiko dengan nyawa, bagaimanapun insiden kematian melibatkan anaknya berlaku ketika dia sedang menjalani latihan.
Badul memiliki enam anak dan Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah.
Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.
Sumber/Foto: Harian Metro, Astro Awani, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwaan Gaduh Buat Ibu & Bapa Mentua Terasa, Elisya Sandha Stres!- “Duduk Rumah Mentua Atau Rumah Sendiri, Orang Tetap Bercakap.”
Pelakon, Elisya Sandha berang dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa keputusannya berpindah ke rumah baharu disebabkan bergaduh dengan ibu mentua yang juga merupakan pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusli.
Jelas Elisya, tuduh tersebut amat berat dan boleh mejejaskan keharmonian keluarga.
“Keluarga sangat penting buat saya. Saya tak kisah kalau orang nak bercakap mengenai saya tapi jangan keluarga saya.
“Bila ada yang mendakwa tindakan saya keluar daripada rumah mentua kerana bergaduh dengan mama Sheila, hal itu memang tak berlaku langsung.
“Bagi saya, itu bukan kontroversi tapi fitnah,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia dan suami hanya mahu hidup berdikari seperti keluarga-keluarga baharu yang lain.
“Bila sudah berkeluarga, pasti kita mahu rasai pengalaman hidup sendiri. Saya hanya berkongsi video rumah baru dan keluarga mentua melawat saya tapi lain pula tanggapan orang.
“Saya baru bercakap dengan suami yang saya stess. Bila duduk rumah mentua, orang kata, tak nak duduk rumah sendiri ke? Bila keluar, katanya bergaduh pula. Ada sahaja yang tak kena.
“Jadi, suami minta saya tidak melayan dan fokus dengan keluarga,” ulasnya lagi.
Elisya berkata sedemikian ketika ditemui di acara Tonton Anugerah Drama Sangat 2022 (TADS2022) baru-baru ini.
Katanya lagi, perkara seperti ini secara tidak langsung telah mengguris hati keluarga mentuanya.
“Saya sebenarnya tak mahu pun melayan dakwaan-dakwaan tersebut tetapi bila Mama Sheila bertanyakan kepada saya, kenapa orang cakap begitu? Jadi, saya harus jelaskan kepada umum.
“Mama dan papa sangat sedih dan terasa. Kalau mereka diam saya tidak akan buat apa-apa kenyataan,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Elisya mendedahkan dia dak suami kini sedang membiasakan diri hidup di rumah sendiri.
“Alhamdulillah, setakat ini, baik-baik sahaja. Saya baru berpindah dalam dua minggu. Banyak juga perkara yang kami baru belajar. Bila duduk rumah mentua, ada sahaja makanan terhidang.
“Bila duduk rumah sendiri, pandai-pandai la hidup dan bangun Subuh. Potong limau pun salah. Saya anggap itu sebagai proses pembelajaran,” akhirinya.
Terdahulu, Elisya dan suaminya Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elisya Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tomahan Itu Pembakar Semangat,” – Kontroversi Konsert & Nyanyian Dikritik, Bella Astillah Fokus Perbaiki Diri
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kini mahu memberikan fokus terhadap dirinya sendiri menjelang konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku yang bakal berlangsung pada 30 November ini.
Menurut Bella, dia bukanlah orang yang tepat untuk memberikan sebarang kenyataan susulan konflik melibatkan pihak penganjur dan artis lain.
“Segala yang berlaku ketika ini, saya hanya mengetahuinya daripada media sosial. Pihak penganjur pun tiada berikan sebarang kenyataan.
“Ketika ini, saya hanya fokus pada diri sendiri,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Tapi Bukan Denganmu itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Jelajah Jiwa SME yang berlangsung di Central I-City, Shah Alam pada Jumaat.
Sementara itu, Bella turut memberikan reaksinya terhadap kritikan netizen selepas video nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Mati-Matian tular di media sosial.
“Saya faham dan tidak marah. Masing-masing ada pendapat sendiri. Sebelum ini, saya ada pergi ke kelas vokal tapi saya tak berkongsi kepada umum.
“Mungkin selepas ini, saya akan berkongsi proses pembelajaran itu di media sosial.
Saya terima segala kritikan dengan hati yang terbuka.
“Saya akui diri ini punyai banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki demi kebaikkan saya juga.
“Saya ingin berterima kasih buat mereka yang masih mengambil tahu dan mengambil berat. Mungkin mereka tidak mahu saya dikecam lebih teruk. Setiap kata-kata itu membina semangat saya untuk menjadi lebih baik,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah dia kini sudah lali untuk berhadapan dengan kontrovesi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menganggap ia lumrah anak seni.
“Sebagai seorang artis di dalam industri seni, kita memang tidak boleh dijauhkan daripada kontroversi.
“Buat masa sekarang, saya hanya menjalani kehidupan seperti biasa.
“Apa sahaja kontroversi atau tomahan yang dilemparkan, saya anggap itu sebagai pembakar semangat untuk saya menjadi lebih baik selepas ini.
Mengenai persiapan konsert pula, Bella memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk memberikan persembahan terbaik.
“Kita belum mulakan perancangan khusus kerana saya sedang fokus dengan kelas vokal bersama Cikgu Shafie. Ini perkara paling utama sekali. Saya nak perbaiki diri sendiri dahulu.
“Berkenaan lagu pula, kami belum buat sebarang keputusan kerana penyanyi yang terlibat juga ramai. Kesemua mereka merupakan nama besar.
“Saya rasa diri ini sangat kecil tapi bersyukur kerana ini merupakan peluang dan rezeki. Jadi, saya perlu buat yang terbaik,” akhirinya.
Jumaat lalu, penyanyi Stacy melalui syarikat pengurusan, Rythm & Rhyme mengumumkan menarik diri dari Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku.
Stacy dilapor mendakwa, penarikan diri dibuat atas sebab teknikal dan enggan memberi ulasan terperinci berhubung perkara itu.
Selain Bellax konsert yang menggabungkan penyanyi wanita dari Sabah itu turut menampilkan Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikky Palikat Wani Kayrie, Ayu Damit dan Azharina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI