Pelakon Emma Maembong berang dengan tindakan seorang individu yang memuat naik status di Facebook kerana mengecam tindakan Emma dan adik-beradiknya yang memakai topeng muka (mask).
Difahamkan, Emma bersama adik-beradiknya ketika itu berada di KLIA memakai topeng muka (mask), namun ia disalah anggap individu berkenaan.
“Pepagi cari sesuap nasi. Geng-geng Maembong kecoh kat belakang tu. Ingat dia tutup muka pakai mask orang tak kenal. Sopan plak pakaiannya. Selalu telanjang je.
“Mana plak customer ni ? Lama plak tunggu,” tulis individu berkenaan.
Tidak hanya berdiam diri, pelakon Cemburu Seorang Perempuan itu telah memberikan respon.
“Dia ni tak baca berita ke orang pakai mask sebab virus? Patutlah rezeki tak masuk. Pagi2 dah kutuk orang.
“Takpelah abag duduk je lah situ dan kutuk org tak kemana pun, Terima kasih bagi saya pahala pagi2 ni,” balas Emma di Inta Storiesnya.
Terdahulu, Emma dan adik-beradiknya merakam video bersama dengan aksi tersendiri.
Video : Instagram Emma Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI