Salah seorang juri tetap program terkini terbitan Astro, Mikrofon Impian, Fauziah Latiff merakamkan rasa terharu dan bangga di atas kepercayaan yang diberikan sebagai juri menerusi program pertama seumpamanya di negara ini itu.
Diadaptasi menerusi program sama dari Thailand, Mikrofon Impian merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Berkongsi mengenainya dengan lebih lanjut, penyanyi senior itu memberitahu dia pada awalnya sudah pun bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada ‘famili’ Mikrofon Impian kerana pengisiannya yang unik dan menarik.
“Bagi saya, pengisiannya sangatlah besar dan pada masa sama banyak pengajaran yang tersirat. Tidak kiralah siapa pun kita tetapi pada akhirnya semuanya adalah berkenaan dengan kehidupan.
“Secara tidak langsung, ia membolehkan kita untuk berfikir dan belajar,” katanya kepada MH.
Ads
Bakal bersiaran selama 13 episod, para pesertanya akan dinilai menerusi bakat nyanyian yang ada dan pastinya, barisan lagu dendangan Fauziah juga tidak ketinggalan menjadi pilihan peserta.
“Ada yang nyanyikan lagu Apa Sebenarnya. Kakak tu bagi saya seorang yang sangat naif dan ‘sweet’. Siapa sangka dibalik kehidupan masing-masing ada masalah tersendiri yang dihadapi sebab itulah mereka menyanyi daripada jiwa,” kongsinya lagi.
Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad, program yang merupakan hasil kerjasama Astro dan Chatime Malaysia merupakan inisiatif pihak Astro dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dan menyelami perasaan mereka yang terjerat dengan tanggungan hutang.
Ads
“Program ini adalah untuk menyuntik kesedaran serta membawa penonton menyelami perasaan mereka yang terpaksa melalui kesusahan dan keperitan kerana terjerat denga hutang dalam menjalani kehidupan seharian.
“Fomat asal program ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan ia juga dirangka bagi membantu mengurangkan beban masalah kewangan para peserta jika mereka memenangi pertandingan ini setiap minggu.
“Hadiah wang tunai yang diberikan adalah mengukut jumlah keperluan kewangan yang diminta oleh para peserta berdasarkan situasi masing-masing,” katanya sejurus ditemui pada majlis pelancaran program Mikrofon Impian, di The Majapahit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Foto: Instagram Fauziah Latiff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara mempertahankan seorang isteri yang menjadi mangsa buli suami, orang ramai diberi pujian kerana bertindak melindungi seorang wanita yang dalam kesusahan.
Video berdurasi 5 minit itu tersebar dan menjadi viral apabila ada salah seorang netizen berkongsi momen ini di media sosial.
Kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di tempat awam dan rata-rata pelangan kedai tersebut terkejut dan turut mengerumuni lelaki berkenaan.
MH difahamkan lelaki tersebut telah memukul isterinya dengan menggunakan helmet dan itu bukanlah kali pertama isterinya dipukul sebegitu.
Namun apa yang MH tersentuh melihat bagaimana si isteri cuba mempertahankan suaminya walaupun sudah dipukul beberapa kali.
Sikap orang awam yang tidak memberi muka kepada lelaki tersebut membuka mata semua masyarakat untuk terus melidungi wanita daripada menjadi mangsa kekasaran.
Bagi MH sendiri, ini merupakan salah satu langkah berani buat orang awam mempertahankan hak wanita. Maklumlah, kadang kala memang ada juga individu yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita yang lemah.
Dengan ada kejadian sebegini, ia akan memberi keinsafan kepada semua lapisan masyarakat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Isa Khan yang selamat bergelar suami kepada Risteena menzahirkan rasa syukur apabila abangnya, Miller Khan yang mencipta nama di Indonesia telah pun mengikat tali pertunangannya bersama wanita pilihan, pada Khamis.
Majlis pertunanangan tersebut dilangsungkan sehari sebelum dia dan Risteena diijab kabulkan.
Terdahulu, Isa dan Risteena diraikan pada majlis resepsi yang dilangsungkan dalam norma baharu di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Jumaat.
“Alhamdulillah, Miller sudah pun bertunang, insya-Allah dia pun akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
“Kami saling berhubung cuma buat masa ini tidak boleh rentas negara. Saya ada dua beradik lelaki di Indonesia, iaitu Miller dan Alif.
“Insya-Allah bila semuanya kembali pulih kami pasti akan luang masa untuk berjumpa,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Miller atau nama sebenarnya, Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 33, selamat bertunang dengan pereka fesyen, Farina Rebecca, 30, di Jakarta.
Selain mengucapkan tahniah di atas perkahwinan adiknya, bintang filem Rasuk itu mendedahkan dirinya tertarik dengan Farina berkenaan kerana personaliti selain pandai mengambil hati.
Miller turut berkongsi momen indahnya bersama pasangan menerusi beberapa pautan di Insta Story beberapa hari lalu.
Pengarah, Michael Ang memuji perarakan masuk kontinjen Malaysia di acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi.
Menurut Michael, kesemua atlet Malaysia kelihatan segak dan menawan ketika mengenakan busana traditional yang diinspirasikan daripada warna Jalur Gemilang.
Malah, Michael turut memuji pereka busana tersebut kerana telah menjalankan tugasnya dengak baik.
“Salam semua! First time baju contingent Malaysia cantik. Luv! Congrats to the designer and all the best to the athletes do Malaysia proud we need some good news n inspiring stories from u all! Luv u all n be safe!,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengarah drama, Love Elsa ini turut memberikan kata-kata semangat buat semua atlet negara yang akan bertanding di temasya sukan peringkat tertinggi itu.
Terdahulu, upacara kemasukan kontinjen dimulakan dengan negara Greece manakala Malaysia pula menjadi negara yang ke-177.
Seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ke tengah lapangan lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah dengan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada atlet badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying.
Sekadar informasi, busana yang dikenakan oleh kontinjen negara itu merupakan hasil sentuhan khas daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut mendoakan keselamatan para atlet sepanjang berada di bumi matahari terbit itu.
“Cantik…lambang kebangsaan.
“Students UiTM design. Proud to be UiTM student.
“Wah lawanya baju kontinjen negara. Selamat berjuang.
“The color are vibrant. Just beautiful. All the best team Malaysia. We’re proud of you.
“Very colourful yet inspiring color baju team Malaysia,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Michael Ang & Kontinjen Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Neelofa meminta orang ramai tidak terus mengkritik adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan yang kini kembali menyulam cinta bersama pelakon sensasi Indonesia,...