Penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 46, selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Suriani Hassan, 34, dengan sekali lafaz, pada Jumaat.
Atas nama jodoh, perkenalan selama empat tahun itu akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Pasangan tersebut bernikah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan jam 9.30 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan hanya membabitkan pengantin, bapa Cat dan bapa pengantin perempuan.
Memetik laporan Harian Metro, Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM10,000, manakala dulang hantaran daripada kedua belah pihak akan diserahkan pada majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat.
Tidak sabar untuk berkongsi kasih sayang dan cinta dengan isterinya, Car turut bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tidak ada rasa gementar pun sebab sudah bersedia lama.
“Sepanjang empat tahun ini kalau keluar pun mesti dengan kawan-kawan atau terserempak.
“Pertama kali jumpa pada Ekspo di Terengganu. Kedua pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dan kali ketiga dua tahun lalu.
“Selepas saya merisik pada 20 September lalu baru keluar sekali. Itu pun bukan berdua,” kata bapa kepada kepada tiga cahaya mata ini.
Berkongsi mengenai perjalanan cinta mereka, Cat turut mendedahkan dirinya mulai terbuka hati untuk berkahwin kali kedua selepas sambutan Aidilfitri lalu.
“Sepanjang empat tahun itu kami hanya berbalas mesej saja. Itu pun kalau rasa nak mesej, baru mesej.
“Tidak ada rasa apa pun. Saya mula cakap nak cari penggantI lepas raya tempoh hari. Saya cakap, kalau saya dengan awak, nak kahwin terus.
“Dia pun balas, kalau betul nak masuklah meminang. Itu yang saya terus hantar rombongan merisik,” katanya.
Ditanya mengenai penerimaan tiga anaknya terhadap perkahwinan baru itu pula, Cat berkata, semua anak merestuinya.
“Dia tahu saya duda dan pernah jumpa anak waktu lepas merisik. Dia okay menjadi ibu segera. Malah, anak-anak pun okay.
Alhamdulillah, bekas isteri pun bagi sokongan pada anak-anak untuk terima mak baru mereka,” katanya.
Imbas kembali, Cat sebelum ini pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 10, dan Qul Iskandar, 9.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon yang sinonim menerusi filem Twilight, Gregory Tyree Boyce ditemui mati pada 13 Mei lalu di kediamannya di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Turut ditemui ialah mayat teman wanitanya, Natalie Adepoju, 27.
Walau bagaimanapun, sehingga kini punca kematian belum didedahkan pihak berkuasa.
Boyce memegang watak Tyler Crowley iaitu rakan sekelas kepada Bella Swan lakonan Kristen Stewart dalam filem pertama Twilight sekitar tahun 2008.
Menurut ibu mendiang, Lisa Wayne, Boyce baru-baru ini punya perancangan untuk memulakan perniagaan restoran namun hajatnya tidak kesampaian.
Mendiang meninggal dunia pada usia 30 tahun.
Sumber : Variety.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ratu Dunia 2000 yang kini bergelar pelakon, Priyanka Chopra telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan dengan penyanyi popular Amerika Syarikat, Nick Jonas, pada Sabtu.
Menerusi entri di terbaru Instagram, pasangan yang menjadi bualan satu dunia ini ada berkongsi momen sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka.
“This is us. My family. Everyone in head to toe @ralphlauren. Thank you, we love you! The most gorgeous jewels by @chopard
“Thank you @sabyasachiofficial for creating my epic Indian lehenga and stunning jewelry. @abujanisandeepkhosla thank you for designing the most memorable settings for all our ceremonies ,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan mengikut tradisi Kristian pada hari pertama, sebelum diikuti dengan tradisi agama Hindu.
Ini dia antara momen menarik sekitar majlis, yang diambil menerusi beberapa laman Instagram;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Zul Ariffin tidak menafikan dirinya sudah ada petancangan untuk menamatkan zaman bujang. Bagaimanapun, semuanya perlu dilakukan dengan teliti agar ia berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin turut menjelaskan fasa tersebut akan bersifat privasi untuk diceritakan dan dia lebih selesa untuk beritahu peminat secara terbuka apabila semuanya sudah dipersetujui.
“Ya sudah tentu ada perancangan. Masalahnya dalam masa nak ke arah itu ada beberapa peringkat yang dilalui terlebih dahulu. Jadi untuk bahagian itu saya rasa agak peribadi untuk dikongsi. Hal yang belum pasti nanti tak seronok pula kalau cakap, bimbang nanti makan diri balik.
“Jadi lebih baik untuk saya rancang sebaiknya dan barulah saya akan kongsi. Memang saya ada beritahu ia mungkin pada tahun ini atau tahun depan. Slowly kita tengok macam mana.
“Alhamdulillah sekarang pun banyak komitmen lakonan yang datang. Bukan nak tangguh, saya nak kena susun perancangan dengan betul,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana perancangannya untuk ke arah itu, bintang yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem seram, Talbis Iblis ini ada jawapan sendiri.
Katanya, perancangan itu adalah dalam konteks memastikan semuanya di dalam berjalan dengan lancar.
“Maksud saya perancangan ini bukanlah dalam soal nak tempah hotel atau pelamin, tidak. Ia hanya untuk ke arah itu, bukan untuk diri kita semata. Jadi saya nak pastikan ia betul-betullah. Setengah orang senang… Untuk saya kena buat sendirilah, DIY.
“Saya sudah tentu tak akan sorok, tapi kena pastikan betul-betul sebab bila nak kongsi pun kita akan rasa seronok. Setakat nak cakap bagi sedap saja, tak seronoklah.
“Nanti saya yang akan kena balik,” terangnya yang turut memberitahu keluarganya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja jodoh dalam hidupnya.
“Keluarga saya kecil saja, ada bapa dan kakak. Mereka okay saja. Malah umur saya pun dah berapa. Jadi kena pandai-pandai untuk buat keputusan sendiri,” akhiri Zul.
Aktor berbadan sasa ini sebelum itu pernah memberitahu dirinya rapat dengan seorang wanita ‘non muslim’ dan turut memasang impian untuk mengkhiri zaman bujang tahun ini.
Zul bagaimanapun tidak pula mendedahkan identiti wanita yang dimaksudkan.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI