Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kasim Elias akui pengalaman sewaktu disantau sememangnya amat memeritkan.
Bagaimanapun, Kazim menjelaskan beberapa kisah pengalamannya yang diceritakan di dalam filem Zim Zim Ala Kazim terpaksa diolah demi kesesuaian penonton.
“Saya disantau banyak kali. Kejadian katak yang ditunjukkan di dalam filem, ia sebenarnya adalah ulat. Ketika disantau, makanan yang saya makan adalah ulat. Kejadian itu adalah nyata.
“Insiden saya diserang jelmaan beruk di kawasan rumah juga merupakan cerita benar. Namun, saya tidak boleh ceritakan secara terperinci. Cucu saya pun menonton filem ini. Nanti, dia fobia pula.
“Pada awalnya, saya risau juga kalau filem ini terlalu menekankan mengenai ilmu hitam. Nanti Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan luluskan.
“Jadi, kita ringankan sikit filem ini dan selitkan elemen komedi,” katanya kepada MH.
Ads
Bercerita lanjut mengenai kisah disihir, Kazim akui tidak menyangka perbuatan terkutuk dan khianat itu dilakukan oleh orang-orang yang rapat dengannya.
“Saya berdoa kepada Allah, tunjukkanlah kebenaran. Selepas itu, saya didatangi satu mimpi dan muncul wajah seorang perempuan dan lima lelaki.
“Kemudian, saya sembuh kerana dalam mimpi itu turut diberitahu penawar. Saya minta isteri sediakan bahan tersebut dan saya mandi. Pukul 11 pagi saya sudah boleh makan selepas sebulan tak makan.
Ads
“Saya kenal enam orang yang muncul di dalam mimpi itu. Dia orang terdekat dengan saya dan selalu berjumpa. Selepas itu, dua orang daripadanya datang minta maaf.
“Katanya, empat orang lagi tidak mahu datang kerana segan. Jadi, saya maafkan dunia akhirat,” ujarnya lagi.
Jelas Kazim lagi, sekiranya diberikan peluang lagi pada masa akan datang, dia mahu kisahnya itu difilemkan secara lebih serius dan menyeramkan.
Ads
“Pada awalnya, filem ini merupakan sebuah telemovie yang akan ditayangkan sempena Maulidur Rasul. Jadi, durasi satu jam 30 minit itu tidak cukup.
“Malah, ia juga merupakan filem bajet rendah. Kalau nak buat filem seram yang serius, perlu bajet yang tinggi.
“Jadi, saya bincang dengan Mawi, andai filem ini dapat sambutan, kita akan buat balik yang betul-betul. Segala kisah akam saya curahkan kepada dia,” akhirinya.
Terdahulu, filem Zim Zim Ala Kazim telah berjaya meraih jumlah kutipan RM3 juta dalam masa 11 hari tayangan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf mengakui dia pada awalnya hadir ke sesi uji bakat naskhah Projek: High Council bagi mengisi watak Zahrin.
Bagaimanapun, pengarah terbuka untuk memberikan peranan lebih mencabar menerusi drama bersiri yang mencipta fenomena itu.
Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, juga berterima kasih kepada produksi kerana memberi kepercayaan menggalas watak utama buat kali yabg pertama.
“Saya sertai uji bakat tertutup yang diadakan untuk drama ini. Pada awalnya, saya diberikan watak Zahrin yang kini dibawakan oleh Fazziq Muqris.
“Kemudian, saya berjumpa dengan pengarah, Anwari Ashraf. Saya mengagumi karya-karya beliau. Dia nampak bakat saya ini boleh dicungkil untuk bawa watak yang lebih mencabar.
“Saya dipanggil untuk uji bakat kali kedua dan diberikan watak Kahar. Saya memang tak sangka dapat bawa salah satu watak utama kerana sebelum ini dah terbiasa dengan watak-watak sampingan,” katanya.
Bintang kelahiran Terengganu itu berkata demikian menerusi program YouTube, Media Hiburan Next Gen, baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai keputusannya untuk terjun ke bidang seni meski dia memiliki profil akademi yang baik, Amir mendedahkan darah seni itu datang daripada ibunya.
“Ketika bersekolah, saya dan kawan-kawan ada tubuhkan satu band. Pada waktu itu, jiwa seni sangat memberontak.
“Satu lagi rahsia yang tak ramai orang tahu, ibu saya juga merupakan aktivis teater.
“Ibu sangat membantu, menyokong dan menasihati saya ketika belajar jurusan teater di UPSI dahulu,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil menjawab spekulasi yang mendakwa dia dikatakan tidak profesional sewaktu menjadi tetamu undangan sebuah stesen radio baru-baru ini.
Meski namanya tidak disebut menerusi satu artikel yang berkaitan, namun ramai yang menganggap insiden tersebut merujuk kepada dirinya.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu perkara seperti ini boleh dijadikan isu dan sekiranya dia ada membuat kesilapan, dia sepatutnya diajak berbincang secara matang.
“Saya dalam industri ni tidaklah lama, saya juga masih baru dan yakin ada banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
“Mungkin itu adalah salah satu perkara yang saya terlepas pandang ketika itu. Saya rasa okay untuk buat perkara sedemikian.
“Pada masa itu pun saya tak rasa yang saya seperti sedang berkerja kerana saya anggap semua seperti kawan-kawan saya.
“Sekiranya ada masalah, saya pasti mereka boleh bercakap pada waktu itu juga dan tidak sepatutnya jadi bahan penceritaan untuk orang ramai,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Peluang Kedua itu lagi, program tersebut difahamkan telah pun dibatalkan namun Nabila tetap juga hadir bagi memenuhi jemputan pada saat akhir.
“Kalau nak diikutkan, program tersebut dibatalkan saat akhir, namun dipanggil semula. Lalu saya tetap hadir bagi menjalankan tugas promosi projek terbaru saya.
“Jadi saya tak rasa itu satu isu yang besar dan patut dibahaskan ketika ini. Semuanya boleh dibawa berbincang,” katanya kepada MH.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Nabila menjelaskan dia sebolehnya tidak mahu membuat sebarang masalah termasuk dengan pihak media.
Pada masa sama, dia turut memohon maaf andai ada tingkah sebelum ini mengguriskan hati sesiapa dan berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengisahkan seorang anak muda Bernama Bidin Al-Zaifa yang kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dalam bidang permotoran.
Menariknya, filem Bikers Kental 2 ini membawa plot yang lebih hebat apabila Bidin mahu memperisterikan Cherry Porntit dari Hatyai, Thailand, namun hubungan mereka berada di jarak jauh.
Dalam mengejar cinta Cherry, Bidin bertemu musuhnya, Pornthaliwat Thani yang telah dipenjarakan selepas ditangkap.
Secara tidak langsung, Pornthaliwat menyimpan dendam terhadap Bidin kerana tidak berjaya mendapatkan wang yang dicuri Bidin.
Setiba sahaja Bidin di sebuah warung di Hat Yai, dia ternampak Cherry bersama seorang lelaki kacak sedang menolongnya. Lantas, Bidin mulai berasa cemburu dan ingin menyerang lelaki itu.
Realitinya, lelaki berkenaan adalah abang kepada Cherry iaitu Ananda.
Disebabkan salah faham itu, Bidin meminta maaf, bagaimanapun Ananda tidak berapa menyenangi sikap Bidin gara-gara pergaduhan tersebut.
Adakah Bidin berjaya mendapatkan cinta sejati dari Cherry apabila banyak halanagn dan dugaan yang berlaku di Thailand? Jangan lupa saksikan filem bergenre aksi ini di pawagam pada 14 Mac ini.
Selain itu, filem aksi ini diterajui barisan pelakon tempatan seperti Zizan Razak, Dato Awie, Dato Afdlin Shauki, Bront Palarae, Amerul Affendi bergandingan dengan pelakon Thailand seperti Meau Julallangtip dan Kaewkorravee.
Diarahkan oleh pengarah terkenal, Helmi Yusof yang telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Calif Work Studios Sdn Bhd dan mereka telah berjaya menghasilkan filem seram iaitu “Seru” arahan Woo MingJin.
Jadi, kepada pembaca MH yang berminat untutk memenagi barangan ekslusif filem Bikers kental 2 boleh ke Instagram Media Hiburan, @mediahiburanofficial dan jawab seoalah yang mudah!