Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau sinonim dipanggil Dr Say sekali lagi berkongsi perkembangan isterinya, Dr Azura Abas yang sebelum ini telah pun melakukan Urine Pregnancy Test (UPT) bagi mengetahui samada dia berbadan dua atau sebaliknya.

Jelas doktor viral ini, isterinya ada pergi melakukan imbasan rahim sendiri dan hasilnya telah pun dikongsikan Dr Say.

Dalam satu hantaran bersama kapsyen panjang lebar, Say memberi gambaran perihal kantung si isteri.

Dia bagaimanapun positif dan terharu atas doa ramai serta ucapan yang diterima.

“Tarikh terakhir period bini was 26.5.2020. Maka hari ni tepat2 dia 5 minggu.

“Xtau dia excited sangat atau dia nervous sangat dia pergi scan rahimnya sendiri & terhasil lah gambar di atas yakni kantung sedikit kosong & penyek (yelaa baru 5 minggu kot).

IKLAN

“Lepas tu mula lah dia meluahkan kerisauan dia kepada kita.

“Kita si suami apa lagi, risau lah jugak sebab kantung tu bukan dalam badan kita maka kita pun taktaulah perasaannya.

“To be honest lepas kena ceramah sakan dengan bini aritu (akibat btau satu dunia keputusan UPT dia) sy jadi agak cuak sebab mana ada orang cerita kat satu dunia keputusan UPT.

“Cuak sebab yelah risau sekiranya harapan menggunung kami tidak menjadi pasti sedih gila. Kalau tak bagitahu seantero dunia mungkin bini & hati ni lebih tenang.

IKLAN

“Tapi response yg diterima & doa yg dilafazkan kalian cukup menggalakkan,” tulisnya.

Hos program My Doctors ini turut menzahirkan ucapan terima kasih atas desikasi yang diberikan semua sambil mengakui segala yang berlaku adalah ketentuan dariNya.

“Maka dalam kesempatan ini sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas setiap doa & positive wishes kalian bagi kandungan kami ni. Nervous memang nervous.

“Sekali tak keluar selagi tu lah nervous. Tapi kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan segalanya. Kalau dah nampak iras hidung mancung, mata besar, kulit cerah saya, nanti sy update kalian k?

IKLAN

“Kalau jadi, kali ni serius Say Jr kao kao kao ah,” titipnya optimis.

View this post on Instagram

Topik : Akibat Kahwin Dengan Doktor Tarikh terakhir period bini was 26.5.2020. Maka hari ni tepat2 dia 5 minggu. Xtau dia excited sangat atau dia nervous sangat dia pergi scan rahimnya sendiri & terhasil lah gambar di atas yakni kantung sedikit kosong & penyek (yelaa baru 5 minggu kot). Lepas tu mula lah dia meluahkan kerisauan dia kepada kita. Kita si suami apa lagi, risau lah jugak sebab kantung tu bukan dalam badan kita maka kita pun taktaulah perasaannya. To be honest lepas kena ceramah sakan dengan bini aritu (akibat btau satu dunia keputusan UPT dia) sy jadi agak cuak sebab mana ada orang cerita kat satu dunia keputusan UPT. Cuak sebab yelah risau sekiranya harapan menggunung kami tidak menjadi pasti sedih gila. Kalau tak bagitahu seantero dunia mungkin bini & hati ni lebih tenang. Tapi response yg diterima & doa yg dilafazkan kalian cukup menggalakkan. Maka dalam kesempatan ini sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas setiap doa & positive wishes kalian bagi kandungan kami ni. Nervous memang nervous. Sekali tak keluar selagi tu lah nervous. Tapi kita hanya mampu merancang & Allah yang menentukan segalanya. Kalau dah nampak iras hidung mancung, mata besar, kulit cerah saya, nanti sy update kalian k? Kalau jadi, kali ni serius Say Jr kao kao kao ah.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata pengikutnya memberikan reaksi dan berdoa agar rezeki zuriat akan dimakbulkan buat mereka.

Pasangan doktor ini berkahwin pada 30 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka kini bahagia harmoni bersama seorang anak lelaki yang dilahirkan pada 5 Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Dr Say Shazril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI