Industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi, Siti Sarah yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada jam 5.13 pagi Isnin.
Bukan sahaja mendapat perhatian di kalangan peminat, malah golongan selebriti tanah air turut meluahkan rasa simpati atas pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan itu.
Rakan penyanyi, Ayu Damit menerusi Instagtam mengakui dia tidak percaya dan menyangka Sarah akan pergi secepat ini.
Namun sebagai seorang Muslim, Ayu berkata, kita harus percaya dan urusan ajal maut semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
“Sebenarnya saya memang tak percaya yang Kak Sarah dah tak ada. Tapi itulah ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya mampu berusaha, doakan untuk dia tapi Allah lebih sayangkan dia.
“Teruskan sedekah Al-Fatihah untuk arwah Kak Sarah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, Ayu turut mengimbau kenangan bersama Sarah ketika mereka sama-sama menyertai program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) musim kedua, sekitar tahun 2007.
Ayu menyifatkan Sarah sebagai penyanyi yang sangat baik dan sering memberikan nasihat bermanfaat kepada dirinya.
“Dulu masa dalam OIAM ada satu sesi perkenalan diri dan saya masih lagi ingat lawak jenaka dia dan bermula dari situlah saya mula kenal dengan dia.
“Pada mulanya saya tak berapa rapat sangat dengan dia sebab saya sangat segan dengan arwah.
Ads
“Sejujurnya dulu saya memang minat dengan arwah sebelum masuk OIAM lagi. Tapi lama kelamaan, kami mula rapat dan dia banyak bagi nasihat.
“Allahyarham juga banyak bagi tunjuk ajar pada saya. Ya, dia seorang penyanyi yang sangat baik, dia banyak tinggalkan nasihat-nasihat pada saya.
“Dia selalu pesan untuk jaga diri baik-baik, buat betul-betul jangan main-main dalam persembahan, kuatkan diri, semangat dan terus berjuang,” kongsinya lagi.
Ads
Terdahulu, Sarah sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Selepas itu, Sarah telah dikejarkan ke HUKM selepas tahap oksigen dalam tubuh badan menurun pada petang Rabu.
Kemudian, dia terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Pada Jumaat bertarikh 6 Ogos, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Sekadar informasi, Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Foto: Instagram Ayu Damit, Siti Sarah
https://www.youtube.com/watch?v=51CHaSgkS1s
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyampai radio DJ Lin kerana telah memenangi anugerah kategori Penyampai Radio Paling Popular di ABPBH34, pada malam Sabtu.
Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid ketika memberi ucapan sejurus menerima anugerah tersebut meluahkan rasa syukur atas kejayaannya itu bersama penonton.
Penyampai radio berusia 44 tahun ini ada menitipkan ucapan ibunya setelah memenangi anugerah tersebut buat kali ke-4.
“Alhamdulillah terima kasih Allah, pada ibu saya Puteh Binti Jantan yang berada di Larkin, Johor Bahru. Tanpa doa mak, orang mungkin tak ada kat atas pentas ni.
“Untuk anak saya, Nazreen dan Narisya ibu sayang anda berdua. Terima kasih kerana sentiasa menemani ibu yang sentiasa sibuk,” katanya.
Pada masa sama, Lin turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada dirinya yang telah menceburi dunia penyiaran radio hampir 22 tahun.
“Dan kepada semua yang bersusah-payah mengokong, mengundi saya, berkempen dan sebagainya serta semua yang mendoakan saya pada malam ini untuk dapat naik ke pentas, terima kasih hanya Allah dapat membalasnya,” akhirinya.
Sebelum ini, Lin atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lin pernah memenangi anugerah yang sama sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2015, 2019 dan 2020.
Foto: Instagram DJ Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Rita Rudaini tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang bertindak keterlaluan memberi komen di Balai Polis Kota Damansara, kira-kira jam 3.00 petang tadi.
Menurut Rita, komen tersebut mempunyai unsur fitnah serta berniat jahat terhadap anaknya.
“Laporan terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan mempersoal mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau!
“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, sebab fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.
“Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya.
Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen jahat pada salah satu foto yang di muat naik.
“Entah anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.
Sementara itu, peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.
“Kita ikut perundangan… kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini.
“Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.
“Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil,” tegasnya kepada MH.
Terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Saksikan temu bual penuh menerusi FB MH;
#MHnews Rita Rudaini tampil membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial yang didakwa memfitnah dirinya serta status taraf dua anak lelakinya, baru-baru ini.
Kecoh baru-baru ini isu larangan merokok di tempat awam khususnya di kedai-kedai makan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Susulan itu, pelakon, Sharnaaz Ahmad turut mempunyai pandangan peribadi mengenai isu ini.
“Larangan merokok memang baik!! Tapi bagi aku perokok tak lah terbaik mana lah tetapi buang sifat penting diri, jadi okeyyyyy lah ikut lah..
“TATAPIIIII, Jangan sesekali kurang ajar pada perokok, dari denda merokok, jadi denda penendang… perokok manusia, bukan sampah.
“Lagi satu nak cakap pasai larangan merokok, memang baik larangan tu, kami perokok sambut dgn baik,
“TETAPI! Ingat ya tanpa perokok jugak perniagaan saudare saudari cikebom cikebom pun boleh lingkup. Tak caye tanya mamak sebelah umah hang!,” tulisnya di Twitter.
Apa-apapun, moga-moga rakyat Malaysia dapatlah ikut undang-undang yang ditetapkan.
Lain orang, pasti lain pendapatnya kan. Betul tak?
Foto/Instagram: Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!